Azizulhasni terlepas aksi akhir pusingan kedua liga juara trek di Berlin

20 Nov 2022 • 2:09 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 20 NOV: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang terpaksa melupakan hasrat beraksi pada aksi final pusingan kedua Liga Juara-Juara Trek UCI (TCL) di Berlin, Jerman pada Ahad.

Pada perlumbaan di Velodrom Berlin itu, Azizulhasni menamatkan saingan di tempat kelima dalam acara kegemarannya iaitu keirin, sekali gus gagal ke peringkat seterusnya selepas hanya dua pelumba teratas menerusi tiga saringan berbeza layak ke final.

Juara dunia Harrie Lavreysen dari Belanda mengungguli final acara itu, diikuti pelumba India Esow Alben di tempat kedua dan Santiago Ramirez Morales dari Colombia ketiga.

Pada saringan ketiga pusingan pertama acara pecut pula, ‘The Pocket Rocketman’ mengakhiri cabaran di tempat terakhir di belakang Lavreysen di tempat pertama diikuti Esow di tempat kedua.

Hanya pemenang menerusi enam saringan berbeza layak ke separuh akhir.

Azizulhasni akan meneruskan baki perlumbaan TCL yang berlangsung di Saint-Quentin-en-Yvelines, Perancis pada 26 November dan dua perlumbaan berturut-turut di London pada 2 dan 3 Disember. – BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved