Azmin nafi mesej lepas jawatan Ketua Pembangkang Selangor tular

LocalPolitics
26 Sep 2025 • 8:40 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan bahawa satu mesej tular dalam aplikasi WhatsApp mendakwa beliau melepaskan jawatan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor berkuat kuasa 1 Oktober ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang itu turut meminta khabar angin itu dihentikan serta-merta.

"Tidak benar, saya sentiasa optimistik dan berusaha sedaya upaya. Rakyat mesti dibantu,” kata Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)," katanya memetik laporan FMT

Difahamkan, dalam mesej itu, Azmin didakwa memaklumkan sudah mengambil pendirian untuk berundur daripada jawatan itu dan menyerahkan kepada barisan wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) bagi membincangkan calon pengganti.

Mesej itu antara lain memohon semua ADUN Perikatan Nasional (PN) untuk segera berbincang bagi memutuskan calon Ketua Pembangkang sebagai persiapan Sidang DUN Selangor akan datang.

Kandungan mesej itu juga mengucapkan terima kasih kepada semua ADUN yang telah memberikan kerjasama sangat baik dalam tempoh perkhidmatannya. - 26 September, 2025

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved