Azri Iskandar tak jadi kahwin, Datuk Noora Kay dedah tiada keserasian

11 Jun 2024 • 2:02 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon, Azri Iskandar tak jadi kahwin apabila bakal isterinya, Datuk Noora Kay mendedahkan yang mereka tiada keserasian untuk bersama.

Hubungan berakhir penghujung Mei lalu

Memetik laporan dari Mstar, Datuk Noora Kay memaklumkan yang hubungan mereka sudah berakhir hujung Mei lalu apabila mengambil keputusan untuk berpisah.

Ujar usahawan itu lagi, punca hubungan mereka terlerai adalah disebabkan masing-masing tidak ada keserasian sebagai suami isteri apabila bernikah kelak.

“Apa yang saya boleh cakap memang kami sudah putus sejak akhir Mei lalu.

“Saya percaya ajal, maut dan jodoh semuanya ketentuan Allah.

“Selepas berkawan dengannya, saya rasa tiada keserasian di antara kami,” katanya.

image is not available

Azri Iskandar tak jadi kahwin, tapi masih kekalkan hubungan baik

Namun begitu, dia dan Azri masih lagi mengekalkan hubungan baik sebagai kawan memadangkan pelakon terbabit turut menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka.

“Abang Azri seorang yang sangat baik. Apabila saya memberitahu yang saya rasakan kami tidak serasi, dia boleh terima dengan terbuka.

“Walaupun sudah berpisah, kami masih mengekalkan hubungan baik. Buat apa nak bergaduh, kami bukan budak-budak muda lagi,” ujarnya.

image is not available

Azri Iskandar tak jadi kahwin, sebelum ini sudah jumpa anak masing

Terdahulu, Azri Iskandar dan usahawan berkenaan dikatakan menjalinkan hubungan istimewa apabila keluar makan malam bersama anak-anak.

Turut kelihatan di dalam gambar adalah bekas isteri aktor terbabit iaitu Ellie Suriaty Omar yang turut sama menyertai mereka.

image is not available

Ellie juga ada memberitahu bersedia untuk menguruskan majlis perkahwinan bekas suami serta usahawan berkenaan jika mereka benar akan mendirikan rumah tangga kerana memegang amanat yang telah diberikan oleh allahyarham nenek Azri.

Sumber: Mstar (Ain Norman)