“Dah Putus Mei Lalu” – Hasrat Azri Iskandar Nak Tamatkan Zaman Duda Musnah, Kekasih Dedah Tiada Keserasian

11 Jun 2024 • 2:04 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Beberapa bulan lalu, pelakon Azri Iskandar memaklumkan dirinya bakal berkahwin dengan wanita pilihan hati iaitu usahawan, Datuk Noora Kay.

Tak jadi kahwin

Namun begitu, hasrat untuk menamatkan zaman dudanya musnah selepas wanita itu memaklumkan bahawa dirinya sudah pun berpisah dengan aktor berkenaan.

Apa yang boleh saya cakap memang kami sudah putus sejak Mei lalu.

@datonoorakay_ Good Morning ! #bismillah semoga setiap langkah dijaga Allah dan dlm rahmatNYA. #fyp #fypシ ♬ original sound – Dato Noora Kay

Menurut Noora, punca perpisahan itu berlaku kerana dirinya merasakan tidak mempunyai keserasian sebagai pasangan hidup untuk bergelar sebagai suami isteri.

Masih berkawan baik

Dalam pada itu, wanita terbabit turut menegaskan hubungannya bersama Azri masih kekal baik dan aktor itu turut dapat menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka.

Walaupun sudah berpisah, kami masih mengekalkan hubungan baik. Buat apa nak bergaduh, kami bukan budak-budak.

image is not available

Sekadar info, Noora merupakan seorang ahli perniagaan yang juga memegang status ibu tunggal buat dua orang cahaya mata.

image is not available 2 months ago

"Love Tengok Korang Berdua, Anak Anak Happy Sangat" - Mendoakan Yang Terbaik, Ellie Suriaty Jumpa Kekasih Baru Azri Iskandar