Azrin diisytihar Undang Luak Jelebu ke-17

LocalPolitics
29 Aug 2026 • 1:13 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Azrin diisytihar Undang Luak Jelebu ke-17

JELEBU: Seorang pengurus besar kanan sebuah syarikat telekomunikasi berusia 51 tahun telah diisytiharkan sebagai Undang Luak Jelebu ke-17 pada satu majlis di Kampung Mengkan di Kuala Klawang dekat sini semalam.

Pada istiadat itu, Azrin Khairi yang mempunyai latar belakang akademik dalam bidang pentadbiran perniagaan selain mempunyai pengalaman serta penglibatan dalam bidang profesional dan kemasyarakatan telah dimahsyurkan sebagai Undang luak tersebut. 

Pengisytiharan itu dibuat oleh Ismail Mohd. Zin yang mengaku sebagai pemangku Undang luak berkenaan dengan gelaran Dato’ Menteri Sah Mangku Alam Raja Sehari.

Bagaimanapun, sebelum majlis pengisytiharan itu, sekumpulan Dato’ lembaga Luak Jelebu yang diketuai oleh Setiausaha Dato’ Lembaga Adat Luak Jelebu, Mohd. Fadzil Abdul Ghani telah tiba di lokasi majlis berkenaan.

Mereka menyatakan pendirian membantah majlis berkenaan dengan alasan Undang luak yang sah masih ada dan individu yang membuat pengisytiharan itu bukan lagi Dato’ Menteri Sah Mangku Alam Raja Sehari.

Bagaimanapun, tiada insiden tidak diingini berlaku dan majlis tersebut diteruskan seperti yang dijadualkan.

Pelantikan Azrin adalah susulan jawatan Undang Luak Jelebu ke-16 yang disandang oleh Maarof Mat Rashad diumumkan telah terlucut mengikut adat dan tradisi Luak Jelebu berkuat kuasa 31 Mei 2023.

Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan (DKU) dalam kenyataan pada 31 Julai lalu  memaklumkan bahawa pihaknya menerima pendirian waris adat luak berkenaan untuk memecat penyandangnya.

DKU memaklumkan bahawa berdasarkan Perkara 15(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, kedudukan Undang Luak Jelebu secara automatik menjadi kosong selepas berlaku kekosongan jawatan tersebut. – UTUSAN

The post Azrin diisytihar Undang Luak Jelebu ke-17 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved