Azwan Ali perli Aliff Syukri sakit sebagai balasan – “Kan dah mendapat”

EntertainmentPolitics
1 Aug 2025 • 10:07 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pengacara dan pempengaruh, Azwan Ali dilihat umpama sengaja mengeruhkan lagi kemelut antara dirinya dan usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri.

Sakit sebagai balasan

image is not available

Diva AA atau nama sebenarnya Mohamed Azwan Ali memuat naik satu hantaran di X, memaparkan usahawan itu sedang terbaring di katil hospital akibat penyakit misteri.

Namun, kapsyen yang disertakan bersama tangkap layar itu seolah-olah menyindir Aliff, terkena kifarah tuhan kerana menuduh Azwan tidak mempunyai duit ekoran isu memijak beg tangan keluaran terbarunya.

“Butoh, sesuwei. Nganjing lagi Diva AA, kan dah mendapat. Go to hell, puiii,” tulis Azwan di X, semalam.

Dalam perkongsian berasingan, Azwan turut menyelar dakwaan bahawa dirinya tidak mempunyai wang dan meminta pelantun lagu Abang Nak Tegur itu bersyukur kerana tindakan saman tidak diambil.

“Kepala bapak kau tiada duit, dasar anjing. Mak bapak kau yang tiada duit lepas itu kau menggelupur hina aku, pukimak lah bodoh.

“Aku tak saman kau pun dah kira cukup baik, ada datuk seri pun bodoh macam anjing sama lah macam mak kau bela anjing. Pergi mampus dengan salakan kau,” ujarnya.

image is not available

Sebelum ini, tindakan Diva AA memijak beg jenama milik Datuk Seri Aliff Syukri telah tular di media sosial dan perkara itu telah mengundang kemarahan usahawan dan selebriti popular itu kerana menanggap ia satu hinaan di atas usaha serta kerja kerasnya dalam dunia perniagaan.

Difahamkan, kini kesihatan Aliff berada dalam keadaan yang kurang baik dan banyak masalah kesihatan pelik yang menimpa dirinya dan ahli keluarga.

Terdahulu, dalam satu sesi siaran langsung bersama isteri tercinta, Datin Shahida, pasangan ini mendakwa mereka sekeluarga berdepan gangguan luar biasa hingga mula terfikir berkemungkinan terkena buatan orang.

Sumber: X DivaAATersohor