“Datuk Tak Sihat, Rehatlah Dulu” – Terlantar Sakit Di Hospital, Aliff Syukri Tetap Gigih Cari Rezeki Buat ‘Live’ Berniaga

LocalHealth & Fitness
1 Aug 2025 • 12:28 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, Datuk Seri Aliff Syukri dimasukkan ke hospital selepas mengalami reaksi alahan kronik yang menyebabkan usahawan itu kegatalan teruk dan kemerahan pada seluruh badan.

Sebelum ini usahawan berusia 38 tahun itu memaklumkan dia mengalami alahan tersebut sejak beberapa hari lepas dan keadaannya semakin memburuk mengakibatkan dia turut berasa pening kepala serta sukar untuk bernafas.

Saya terasa pening dan susah bernafas. Badan gatal-gatal, mula-mula sikit lepas itu satu badan jadi kemerah-merahan.

image is not available

Bagaimanapun, usahawan itu yang dimasukkan ke hospital dilihat tidak berehat apabila dia tetap gigih membuat siaran langsung di TikTok untuk mempromosikan dann menjual beg tangan jenamanya.

Menerusi siaran langsung di TikTok, Aliff dilihat terbaring sambil bercakap tentang beg tangannya. Difahamkan, pembantu Aliff turut berada di wad untuk membantunya dengan menggantikan beberapa warna beg tangan untuk ditunjukkan kepada penonton.

Meskipun suaranya kedengaran perlahan dan keletihan namun usahawan tersebut tetap terus mempromosikan beg tangan tersebut. Dia juga dilihat menguap beberapa kali sebelum memaklumkan ingin berehat dan tidur.

Namun, siaran langsung itu tidak ditamatkan sebaliknya ia tetap diteruskan dengan pembantu berkenaan menukar-nukar beg tangan dengan berlatar belakangkan Aliff yang sedang tidur.

image is not available

Ramai yang menonton siaran langsung tersebut menasihati Aliff untuk berehat seketika daripada membuat ‘live’ atau menggantikan orang lain sementara dia berehat secukupnya di hospital.

Dalam pada itu, netizen turut mendoakan kesihatan Aliff serta berharap usahawan berkenaan cepat sembuh seperti sedia kala kerana mereka merindukan keletahnya.

image is not available 2025-07-30 16:51:19

"Ada Yang Kata Saya Kena 'Jilat Jin', Tapi..." - Tiba-Tiba Menggeletar & Badan Bertompok Merah Waktu 'Live', Aliff Syukri Nafi Hanya Gimik