Azza Elite Akui Segan Nak Berbual Dengan Yusry KRU, Hormat Perasaan Lisa Surihani – “Kita Pun Tak Gemar Orang Cakap Dengan Suami Kita

EntertainmentLifestyle
1 Jul 2025 • 5:09 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi dan usahawan, Azza Elite memberitahu bahawa dia berasa segan untuk bertegur atau berbual dengan komposer dan penyanyi terkenal iaitu Datuk Yusry Abdul Halim sepanjang perkenalan mereka.

image is not available

Menerusi satu hantaran di Threads, Azza menjelaskan Yusry merupakan seorang individu pendiam yang jarang bergambar, apatah lagi berbual.

 

Kalau nak borak dengan Yusry memang segan sebab dia pendiam. Nak ajak bergambar memang tak terkeluar kata.

Dalam pada itu, Azza turut berkata dia enggan berbual dengan Yusry bagi menghormati isterinya iaitu Datin Lisa Surihani.

image is not available

Kalau tak ada apa nak cakap memang tak lah bercakap. Lagipun menghormati isterinya, Datin Lisa. Kita pun tak gemar orang bercakap dengan laki kita, oleh itu kita jangan suka-suka bercakap dengan suami orang.

 

Walaupun segan, dia tetap teruja apabila berpeluang untuk berduet dengan penyanyi itu di atas pentas.

Apa pun, terima kasih Datuk Yusry ajar saya menyanyi masa part saya. Dah la duet dengan dia.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 1 week ago

"Janganlah Bagi Patah Semangat.." - Ramai Netizen Kecam Konsert Elite, Azza Zawari Tampil Bersuara