'Baba, your shift is over...' Reen Rahim sebak kenang pengorbanan bapa, azam ambil alih tanggung keluarga

Family & ParentingLifestyle
3 Sep 2026 • 6:07 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Baba, your shift is over...' Reen Rahim sebak kenang pengorbanan bapa, azam ambil alih tanggung keluarga

TIADA yang lebih membahagiakan seorang anak melainkan dapat melihat kedua-dua orang tua tersayang berehat selepas jerih lelah kehidupan selepas puluhan tahun bekerja keras menanggung keluarga.

Perasaan hiba dan bersyukur itu dikongsi oleh pelakon serta usahawan popular, Reen Rahim, apabila bapanya menyatakan kesediaan untuk bersara daripada alam pekerjaan baru-baru ini.

Menurut Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 38, impian untuk menjaga serta menanggung bapa dan ibu adalah cita-citanya sejak kecil.

"Semalam bila Baba cakap dia dah ready nak bersara, ALLAH sahaja tahu perasaan aku. Macam... 'Eh betul ke ni? Akhirnya nak rehat?'

"Aku relaks sahaja senyum, tapi dalam hati nak nangis. Sebab dari kecil memang ada dalam senarai hidup aku, satu hari nanti bila dah mampu, aku nak jaga Baba dengan Amie," luahnya.

Tambah pelakon filem Gangster Celop dan Daddyku Gangster itu, walaupun tidak menjanjikan kemewahan, dia bertekad mahu memastikan kelangsungan hidup kedua-dua orang tuanya sentiasa terjamin serta selesa.

Image from: 'Baba, your shift is over...' Reen Rahim sebak kenang pengorbanan bapa, azam ambil alih tanggung keluarga

"Tak janji hidup mewah, private jet memang tak ada. Tapi insya-ALLAH cukup untuk Baba tak perlu fikir nak kerja lagi. Cukup untuk dia rehat dan tahu, kali ini ada orang jaga dia.

"Sebab sepanjang hidup Baba, dia yang jadi tempat semua orang bergantung. Dia kerja, dia tanggung, dia fikir dan selesaikan semua perkara sampai mungkin dia sendiri terlupa macam mana rasanya jadi orang yang dijaga," titip Reen.

Dalam pada itu, Reen turut berseloroh menyuruh bapanya 'menyerahkan' segala tanggungan keluarga kepada anak-anak dan hanya perlu mendoakan kesejahteraan mereka selepas ini.

"So Baba... dah cukup. Baba dah boleh rehat tanpa fikir tanggungan, pas pada kami. Baba, your shift is over! Sekarang biar kami pula, tugas awak doa sahaja. Love you, Baba," katanya lagi.

Menitipkan doa buat semua ibu bapa, Reen berharap agar dikurniakan masa yang panjang buat orang tuanya agar lebih banyak kenangan manis dapat dicipta bersama.

"Semoga ALLAH panjangkan umur semua mak bapak kita dan bagi kita lebih banyak masa untuk bahagiakan mereka. Walaupun esok lusa kita mungkin gaduh balik sebab tak sebulu tu tetap tak sebulu... jangan over sangat," selorohnya.

Sekadar info, Reen yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik berkahwin dengan ahli perniagaan, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin pada 24 Disember 2022.

 

 

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved