“Babak Itu Betul-Betul” – Elizabeth Tan Ulas Aksi Cium, Anggap ‘Simple’ Sangat, Boleh Buat Lebih Baik

Entertainment
29 Aug 2022 • 1:20 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan baru-baru ini muncul dengan naskah dilem terbaru berjudul Abang Long Fadil 3 yang akan ditayangkan pada 8 September ini.

Elizabeth Tan atau mesra disapa sebagai Lizzy itu yang ditemui media turut mengulas mengenai babak cumbu yang dilakukan bersama pelakon Jay Izwazir di dalam filem tersebut.

Kata Lizzy, babak tersebut dianggap sebagai terlalu bersahaja dan sekiranya diberikan peluang dia ingin melakukannya sekali lagi bagi memperbetulkan mutu lakonan.

Jelasnya lagi, adegan tersebut dijayakan sewaktu dia masih lagi bergelar isteri kepada suaminya, Dr Siew Jim ketika filem itu dirakam.

Babak itu memang benar. Bukan camera trick. Selepas tonton babak itu tadi, saya rasa saya boleh buat lebih baik. Sebab saya rasa babak itu macam terlalu simple. Effectnya tak cukup.

Kalaulah saya boleh lakukannya semula, macam-macam cara sudah saya fikirkan. Lagipun ketika adegan itu dibuat, saya belum berkahwin dan Jay okay dengan babak itu.

Dalam pada itu, Lizzy mendedahkan bahawa dia telah menyertai kelas ‘mix martial art’ bagi memantapkan skil lakonannya dalam filem itu.

Dia juga berharap agar filem Abang Long Fadil 3 ini akan menerima reaksi positif daripada penonton nanti.

Selain Lizzy, antara pelakon yang menjayakan filem tersebut adalah seperti Zizan Razak, Johan, Maya Karin, Khir Rahman, Shuib, Kazar, Tania Hudson dan ramai lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 23 jam lalu

"Malu Ke Anak.." - Pakai Seluar Pendek Sampai Nampak Peha, Netizen Suruh Fizo Omar Jaga Aurat