Babi hutan masuk taman, pengunjung lari lintang-pukang

21 Jul 2025 • 8:12 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUANTAN – Aksi seekor babi hutan yang tiba-tiba muncul dan berkeliaran di kawasan Taman Bandar di sini mencetuskan kekecohan dalam kalangan orang awam, apabila haiwan liar itu dilihat berlari tanpa arah sekali gus mencemaskan pengunjung taman berkenaan.

Menerusi satu klip video berdurasi 27 saat yang dikongsikan di laman TikTok milik pengguna Mama Khalish, kelihatan beberapa individu termasuk kanak-kanak berlari lintang-pukang mengelak daripada disondol haiwan berkenaan.

Insiden itu dipercayai berlaku awal pagi tadi ketika orang ramai sedang bersenam dan beriadah.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat individu dalam video berkenaan yang menjerit memberi amaran dengan spontan kepada orang sekeliling.

Sementara itu, seorang pengguna lain turut berkongsi pengalaman lucu ketika cuba mendidik anaknya agar tidak menyebut perkataan yang dianggap kasar itu.

Setakat ini, tiada kecederaan dilaporkan, dan pihak berkuasa tempatan diminta untuk melakukan pemantauan agar kejadian serupa tidak berulang demi keselamatan pengunjung taman.