'Baby Bump' Watie Dah Makin Jelas, Komen Mengusik Shuib Tarik Perhatian Netizen - “Banyak Sangat Makan Sayang Daddy Ni”

6 May 2025 • 4:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Tidak lagi berselindung, isteri kepada pelawak terkenal, Shuib mencuri tumpuan netizen apabila muncul di majlis perkahwinan aktres, Eyka Farhana dengan perut yang kelihatan semakin membesar.


Bentuk seperti 'baby bump'


Menerusi gambar yang dikongsikan di Instagram, Watie kelihatan begitu cantik menggayakan busana rekaan Ikhwan Mohamad.



Bagaimanapun, netizen lebih tertumpu kepada bahagian perutnya yang jelas menampakkan bentuk seperti ‘baby bump’.



Perubahan bentuk badan Watie itu secara tidak langsung membuatkan netizen berasa gembira dan mengucapkan tahniah.

        View this post on Instagram                      

A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

 


Komen Shuib mengusik isteri jadi perhatian


Tidak cukup dengan itu, komen berbaur usikan yang ditulis Shuib kepada isterinya juga sudah cukup membuatkan netizen mengukuhkan lagi spekulasi netizen.

“Banyak sangat makan ni sayang daddy ni,” tulis Shuib.


image is not available



Dalam ruangan komen hantaran itu juga, rata-rata netizen juga turut mendoakan yang baik-baik buat Watie.



Namun begitu, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pasangan tersebut setakat ini mengenai status kehamilan itu. 



Watie juga tidak mengesahkan atau menafikan sebarang spekulasi tersebut.


Untuk rekod, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023. 



Sebelum ini, Shuib mempunyai empat orang anak hasil perkahwinannya bersama arwah isteri, penyanyi Siti Sarah Raissuddin, termasuk Ayash Affan yang kini berusia dua tahun.



Pasangan ini sering berkongsi detik-detik kebahagiaan mereka di media sosial dan mendapat sokongan yang kuat daripada peminat.