
PELAKON Mona Allen dan Pekin Ibrahim menyambut kelahiran cahaya mata pertama yang dikatakan Bayi Merdeka pada sambutan Hari Kebangsaan ke-65 pada 31 Ogos 2022.
Berkongsi di laman sosial Instagram, Mona memaklumkan beliau selamat melahirkan bayi lelaki pada awal pagi.
“Alhamdulilah, terima kasuh atas doa anda. Mummy dan baby selamat. Baby Merdeka lahir pada pukul 2.39 pagi tadi,” titip Mona menerusi IG story.

Sebelum ini, Mona berkongsi tentang usaha untuk hamil (trying to conceive- TTC) menerusi saluran YouTube rasminya. Usaha untuk mendapatkan cahaya mata dimulakan ketika usia perkahwinan mereka mencecah dua tahun setengah.
Antara usaha yang dilakukan termasuk menjaga pemakanan, melakukan pemeriksaan kesihatan, bertemu pakar sakit puan dan mendapatkan rawatan perubatan Islam.

Menurut Mona, usaha yang dilakukan membuahkan hasil apabila dirinya hamil selepas enam bulan.
Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen dan Pekin mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018.
Beliau hanya mengumumkan kehamilannya selepas usia kandungan berusia enam bulan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan
The post ‘Baby merdeka’, Mona Allen, Pekin sambut cahaya mata pertama 31 Ogos appeared first on Sinar Plus.

