Baby Merdeka - Petra Pekin, Nama Cahaya Mata Lelaki Pekin Dengan Mona Allen

Family & Parenting
31 Aug 2022 • 11:31 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Petra Pekin selamat dilahirkan dengan berat 2.7KG. - Gambar oleh Pekin Ibrahim 

Pelakon dan pengarah, Mohd Iznan Ibrahim atau Pekin mengakui bahawa dirinya berasa sangat gembira apabila isteri tercintanya, Mona Allen selamat melahirkan anak lelaki pertama pada sambutan Hari Kemerdekaan Negara ke-65 pada 31 Ogos 2022. 

“Kami juga telah menamakan anak kami sebagai Petra Pekin Mohd Iznan. Nama Pekin itu saya yang berikan dan nama Petra itu pula dipilih kerana ia tiba-tiba sahaja muncul di kepala,” kata pemilik nama sewaktu dihubungi Getaran. 

Menurut Pekin, Mona Allen selamat melahirkan Petra Pekin di Hospital Andorra, sekitar jam 2.39 pagi tadi. Bayi seberat 2.7kilogram itu, dilahirkan secara normal.

“Alhamdulillah, baik Mona mahu pun bayi kami, kedua-duanya berada di dalam keadaan sihat,” katanya. 

Jelas Pekin lagi, dia sebenarnya tidak menyangka Mona akan melahirkan bayi mereka itu dengan cepat sekali. 

“Paling tidak disangka bila bayi kami dilahirkan pada Hari Merdeka. Rasa macam tidak percaya pula ia baby merdeka 

“Kalau hendak diikutkan tempoh bersalin Mona lambat lagi. Tapi, malam semalam iaitu sekitar jam 9.00, saya terpaksa hantar dia ke hospital. 

“Kemudian doktor memberitahu bahawa dah sampai masanya untuk Mona bersalin. Padahal sebelum, tak nampak pun sebarang tanda-tanda dia akan beranak. Dia (Mona) siap boleh sembang-sembang dan gelak-gelak. 

“Agaknya baby tuh tak sabar nak keluar kot, sebab nak laungkan merdeka,” katanya. 

Terdahulu, Mona telah memuat naik IG Story bahawa dia telah selamat melahirkan  bayi sulungnya itu. 

“Alhamdulillah, terima kasih atas doa anda. Mummy dan baby selamat. Baby Merdeka lahir pada pukul 2.39 pagi tadi,” tulis Mona menerusi pautan IG story. 

Selepas memuat naik IG Story tersebut, Mona telah menerima pelbagai ucapan tahniah daripada rakan-rakan selebriti. - Getaran, 31 Ogos 2022