Baby Syifaa meninggal dunia akibat kecuaian pengasuh, bukan satu kemalangan

31 Jul 2024 • 2:17 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Mahkamah Koroner memutuskan kematian seorang bayi Baby Syifaa atau Nour Rania Asyifaa Yuseri disebabkan kecuaian pengasuh.

Menurut laporan Buletin TV3, Koroner, Datin Surita Budin memberitahu kematian bayi berusia 15 bulan itu bukanlah satu kemalangan atau kecelakaan tetapi disebabkan tergantung di dalam buaian yang ditinggalkan oleh pengasuh.

Baby Syifaa

image is not available

“Saya buat dapatan dan keputusan bahawa kematian Asyifaa disebabkan akibat tekanan pada leher dan tekanan ini bersesuaian dihasilkan oleh berat badan si mati apabila lehernya tersangkut di bahagian sisi hujung kain buaian.

“Berdasarkan keterangan saksi secara keseluruhan mahkamah memutuskan kematian si mati adalah bukan disebabkan kemalangan atau kecelakaan tetapi terdapat keterangan kukuh yang menunjukkan si mati telah tergantung dalam buaian.

“Akibat tindakan dan tinggalan pengasuh pusat jagaan, Khairulnisa Ahmad Damunhuri yang meninggalkannya dalam buaian tanpa pengawasan berpatutan dan sewajarnya dalam jangka masa yang munasabah dan akhirnya menyebabkan kematian si mati dan terjumlah dalam satu perbuatan yang menyalahi undang-undang,” katanya dalam pendengaran keputusan inkues di Mahkamah Sesyen Seremban, di sini.

Baby Syifaa

image is not available

Difahamkan juga, seramai 28 saksi telah dipanggil mahkamah bagi memberikan keterangan termasuk ibu bapa Baby Syifaa di Mahkamah Koroner sepanjang prosiding inkues selama 12 hari bermula 22 September 2022.

Terdahulu, Baby Syifaa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam buaian di sebuah bilik di pusat asuhan di Taman Nusari Aman di Bandar Sri Sendayan pada 22 Februari 2022.

Bapa mangsa, Yuseri mendakwa anaknya dijerut dan bukan meninggal dunia disebabkan kepala terjerut pada kain buaian.

image is not available

Sumber: Buletin TV3 (Syafiqah Damanhuri)

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved