Dua Tahun Berlalu, Mahkamah Putuskan Kematian Baby Syifa Bukan Kemalangan – “Tergantung Dalam Buaian Tanpa Pengawasan Pengasuh”

31 Jul 2024 • 1:24 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Hari ini, Mahkamah Koroner Seremban memutuskan punca kematian kanak-kanak yang dikenali sebagai Baby Syifa dua tahun lalu bukan disebabkan kemalangan.

image is not available 2 years ago

"Tak Masuk Akal.." - Che Puan Khaleeda Minta Kematian Baby Syifaa Disiasat Semula

 

Diabai pengasuh

Ketika membacakan keputusan itu, Koroner Datin Surita Budin berkata kematian Nour Rania Asyifaa Yuseri yang ditemui tidak sedarkan diri pusat asuhannya dekat Sendayan adalah disebabkan tergantung di dalam buaian yang ditinggalkan oleh pengasuh.

Kematiannya disebabkan akibat tekanan pada leher dan tekanan ini bersesuaian dihasilkan oleh berat badan si mati apabila lehernya tersangkut di bahagian tepi sisi hujung kain buaian.

image is not available

image is not available

 

Tekanan di leher sebabkan kematian

Tambahnya, keadaan itu (tekanan pada leher) akhirnya menyebabkan kematian Baby Syifa dan ia adalah satu perbuatan yang menyalahi undang-undang.

Mahkamah memutuskan kematian si mati bukanlah satu kemalangan atau kecelakaan tetapi terdapat keterangan kukuh yang menunjukkan si mati telah tergantung di dalam buaian disebabkan tindakan atau tinggalan S19 (pengasuh) yang tinggalkannya di dalam buaian tanpa pengawasan yang sewajarnya dalam jangka masa yang munasabah.

Ibu mangsa, Anida Idrus tidak dapat menahan sebak selepas keputusan inkues kes kematian anaknya dilihat memeluk ahli keluarga dan menangis kerana perjuangannya sejak dua tahun lalu akhirnya menemukan keadilan.

image is not available