“Baby tidur pun boleh terjaga” – [VIDEO] Pelanggan Bengang Individu Gelak Sakan Sampai Bising Satu Restoran

Entertainment
12 Aug 2022 • 2:51 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Common sense, secara amnya ia adalah perkara yang kita perlu pertimbangkan menggunakan akal fikiran untuk memastikan mana yang elok dan mana yang tidak biarpun sesuatu tindakan yang dibuat itu tidak salah.

Bergelak sakan di kedai makan dengan rakan memang tiada masalah tapi perlu lihat dimana kita berada dan lihat sekelilingnya, mungkin ia perkara biasa di kedai mamak yang meriah atau di tempat terbuka, tapi untuk di dalam mall yang tenang dan tertutup ia pasti mengganggu ketenangan pelanggan lain yang mahukan ketenangan semasa ingin menikmati juadah.

 

“Sampai tak tahan siap cakap dengan pekerja situ suruh tegur sbb mmg BISINGGGG sangat!”

Pengalaman sebegini dikongsikan oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Anis Syafiqah ketika dia makan di sebuah restoran di dalam pusat membeli belah di Shah Alam.

Menurut perkongsiannya dia makan di kedai tersebut dari pukul 1 petang hingga 3 petang, sepanjang berada di situ, wanita ini menjelaskan bahawa ada sekumpulan pengunjung makan di kedai tersebut, sepanjang masa, mereka sangat bising sampai dengar satu restoran.

Menurutnya, tahap bising itu sampaikan bayi yang sedang tidur pun terbangun akibat kebisingan mereka.

@anissyafiqahz

I sampai tak tahan siap cakap dgn pekerja situ suruh tegur sbb mmg BISINGGGG sangat ! image is not availableimage is not available. #fyp

♬ original sound – Ansyfqhz – Ansyfqhz

 

Menjengah ke ruangan komen, salah seorang pelanggan lain yang berada di kedai tersebut turut menyatakan bahawa dia pun rasa terganggu.

image is not available

image is not available

Disamping itu, ramai juga netizen lain yang menyatakan bahawa cara mereka itu telah mengganggu pelanggan lain malah ada juga yang mempertikaikan sikap segelintir pelanggan sering marah jika ada pelanggan bawa anak kecil tantrum.

image is not available

Dalam masa yang sama ada juga pelanggan lain yang turut merakam kelakuan mereka itu dan menunjukkan bahawa pelanggan lain pun tak selesa nak makan di kedai tersebut.

@syrfouxx

Replying to @anissyafiqahz pls just let me enjoy my ice cream peacefully image is not available

♬ original sound – Syhrh – Syhrh

Dalam pada itu, ramai juga netizen anggap bahawa perbuatan mereka ini agak keterlaluan. Hurm, memang lah hak kita sebagai pelanggan, tapi kena ingat orang lain yang datang pun pelanggan yang sama macam kita, mereka bayar jumlah yang sama dan makan serta layanan yang sama, jadi adalah tanggungjawab kita untuk bertolak ansur, berbalik kepada apa yang dikatakan tadi, common sense!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.