“Baby Zeq tidur kat tengah, dia buat projek” – Dr Say Bengang Bibik Bawa Masuk Lelaki Dalam Rumah

Entertainment
30 Jul 2024 • 1:36 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dr Say Shazril kongsi tentang satu kejadian yang membuatkan dia rasa begitu marah terhadap dua orang pembantu rumah yang membawa masuk dua lelaki ke dalam rumahnya pada larut malam.

Ia juga dianggap satu kejadian yang mencemaskan kerana anak ketiganya yang masih bayi ada di rumah itu juga.

Menerusi perkongsian di IG Story miliknya, kejadian itu berlaku kita-kira jam 9.25 malam tadi. Pada waktu itu, dia bersama isterinya, Dr Azura di tingkat atas manakala, dua pembantunya itu berada di bawah.

“Pembantu rumah saya dua orang bawa lelaki masuk dalam rumah masa saya dan isteri ada dekat atas. Saya dan isteri dalam rumah. Dia berani bawa masuk dua lelaki. Sekarang, dua lelaki itu ada dekat bawah.”

Jelasnya, dia agak buntu sama ada mahu menghubungi polis atau tidak kerana mengenangkan nasib anaknya yang masih bersama mereka.

Saya tengah fikir nak telefon polis atau macam mana. Baby Zeqriel ada dengan mereka. Kalau panggil polis, nanti polis serbu dan kesannya dekat baby Zeq. Kalau saya minta Zeq terlalu awal, nanti mereka curiga pula,” katanya.

Saat dia memantau CCTV, pembantu rumahnya cuba pusingkan kamera tersebut supaya kegiatan mereka tidak dapat kelihatan, bagaimanapun, biarpun kamera tukar arah pandangan, Dr Say menjelaskan dia masih dapat perhatikan menerusi pantulan imej.

“Tuhan nak tunjuk walaupun kamera berpusing, masih boleh nampak pantulan imej.”

image is not available

image is not available

Bagaimanapun, Dr Say membuat keputusan untuk menelefon pihak polis dan menyuruh pembantu menghantar anaknya kepada dia. Bagaimanapun, panggilannya dari tingkat atas tidak dijawab dan Dr Say merancang hanya serbu sahaja mereka bersama anggota polis.

Ketika polis membuat serbuan, ia membuatkan Dr Say bertambah marah setelah mendapati bahawa pembantu rumahnya itu dikatakan membuat perkara terkutuk di bilik mereka sementara anaknya itu tidur di sebelah katil mereka.

Dirumuskan cerita, sepanjang pagi tadi, Dr Say sedang menunggu pihak agensi untuk ‘angkut’ pembantu rumahnya itu dan anaknya, Baby Zeq dapat diambil dengan selamat.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.