BAC 2024: Aaron-Wooi Yik bertemu Sze Fei-Nur Izzuddin untuk rebut slot ke final

12 Apr 2024 • 6:04 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Dua beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani akan bertemu sesama sendiri untuk menentukan slot ke final Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China, esok.

Ini selepas kedua-dua pasangan itu mara ke separuh akhir setelah menewaskan lawan masing-masing pada aksi suku akhir di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik Ningbo, hari ini.

Pasangan pilihan keempat kejohanan Aaron-Wooi Yik hanya memerlukan 30 minit untuk mengatasi pasangan tuan rumah dan pilihan ketujuh Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi, 21-14, 21-15.

Dengan kemenangan itu, juara dunia 2022 berkenaan menyamakan rekod pertemuan mereka kepada 4-4 sejak kedua-dua pasangan tersebut bertemu pertama kali pada separuh akhir Terbuka Indonesia 2022.

Dalam pada itu Sze Fei-Nur Izzuddin meneruskan kecemerlangan dalam kejohanan itu apabila bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menewaskan juara Sukan Olimpik 2020 Lee Yang-Wang Chi-Lin dari Taiwan, 19-21, 21-19, 21-19 dalam pertarungan selama 68 minit.

Bagaimanapun beregu ranking ke-19 dunia itu bakal berdepan saingan sukar, esok kerana mereka hanya menang sekali menentang Aaron-Wooi Yik dalam tujuh pertemuan sebelum ini.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved