BAC 2025: Persoalan Zii Jia, Tang Jie-Ee Wei tarik diri belum terjawab

23 Mar 2025 • 12:10 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Adakah bekas juara Asia 2022, Lee Zii Jia bakal tidak beraksi pada Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 di Ningbo, China, yang akan berlangsung dari 8 hingga 13 April?

Persoalan itu timbul apabila pemain ranking kelapan dunia itu berada dalam senarai menarik diri berdasarkan semakan Bernama di laman sesawang rasmi Perseketuan Badminton Dunia (BWF).

Zii Jia sebelum ini dilaporkan menarik diri daripada menyertai Terbuka Swiss yang berakhir hari ini, selepas mengalami kecederaan pada bahagian ligamen buku lali kanannya.

Selain Zii Jia, turut berada dalam senarai menarik diri daripada kejohanan itu, pasangan beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang pengesahan atau kenyataan dikeluarkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mahupun Team LZJ berhubung perkara berkenaan.