Bacaan IPU cecah lebih 500, Agong perkenan isytihar darurat seluruh bahagian Serian, Sarawak

LocalEnvironment
4 Sep 2026 • 5:18 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bacaan IPU cecah lebih 500, Agong perkenan isytihar darurat seluruh bahagian Serian, Sarawak

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, memperkenankan pengisytiharan darurat di seluruh Bahagian Serian, Sarawak susulan keadaan jerebu yang mencapai tahap pencemaran udara membahayakan kesihatan dan keselamatan orang ramai.

Ambil kira nasihat Perdana Menteri, KM Sarawak & agensi berkaitan

Menerusi satu kenyataan daripada Pejabat Perdana Menteri menyatakan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira nasihat Perdana Menteri, Premier Sarawak serta agensi berkaitan mengenai tahap kualiti udara di kawasan berkenaan.

“Langkah-langkah yang perlu secara lebih berkesan akan diambil bagi melindungi kesihatan serta kebajikan penduduk yang terjejas.
“Kerajaan akan terus memantau perkembangan dari semasa ke semasa dan memastikan segala tindakan yang diperlukan dilaksana dengan segera, termasuk langkah mitigasi serta penyampaian maklumat dan nasihat kesihatan kepada orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan.

Pagi tadi, keadaan di Serian semakin membimbangkan apabila stesen pemantauan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) mencecah 518, iaitu pada tahap bahaya.

Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Kuching turut merekodkan bacaan pada tahap bahaya iaitu 310.

Sementara itu, dua lagi kawasan di Sarawak berada pada tahap sangat tidak sihat, masing-masing Samarahan dengan bacaan 281 dan Sri Aman sebanyak 245.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved