Badan Berlubang, Anak 7 Tahun Jadi Mangsa Dera Ibu Dan Housemate Pengkid

12 Aug 2023 • 9:16 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jiran bongkar rahsia terkutuk ibu kandung serta housemate pengkid.

Badan Berlubang, Anak 7 Tahun Jadi Mangsa Dera Ibu Dan Housemate Pengkid. Baru-baru ini tular sebuah perkongsian video menyayat hati menunjukkan kesan luka parah dialami seorang kanak-kanak berusia 7 tahun dimana dirinya telah menjadi mangsa dera ibu kandungnya sendiri serta seorang pengkid.

Dalam video tular berkenaan, ibu mangsa serta seorang wanita berperwatakan lelaki (pengkid) yang dipercayai merupakan teman serumahnya telah diserbu jiran-jiran mereka di kawasan perumahan Bandar Layangkasa, Pasir Gudang, Johor.

image is not available
Badan Berlubang, Anak 7 Tahun Jadi Mangsa Dera Ibu Dan Housemate Pengkid.

Jiran suspek berjaya membongkar rahsia keji ibu kandung serta housemate pengkidnya

Menerusi video tersebut, jiran-jiran suspek telah meminta mangsa dipanggil keluar untuk melihat keadaan mangsa. Alangkah terkejutnya jiran-jiran tersebut apabila melihat kesan luka parah di bahagian belakang anak yang berusia 7 tahun tersebut.

Ibu mangsa serta teman serumahnya tersebut menangis teresak-esak dalam video berkenaan setelah perbuatan keji mereka terungkai apabila jiran menyelak bahagian belakang baju anak bernasib malang tersebut.

image is not available

Luka mungkin angkara cucuhan api rokok atau seterika panas

Kesan luka pada belakang anak tersebut berkemungkinan akibat daripada cucuhan api rokok atau seterika panas. Para jiran tersebut kemudiannya melaporkan kejadian ini terhadap pihak polis bagi siasatan selanjutnya.

Kini tular, kejadian ini telah mendatangkan kemarahan para netizen kerana sanggup ibu kandung melakukan anaknya sebegitu rupa.

Anak merupakan anugerah Tuhan serta amanah yang amat besar untuk dipikul ibu bapa di luar sana. Sayangilah dan didiklah anak kita dengan penuh kasih sayang walaupun terpaksa menghadapi pelbagai rintangan. Penderaan kanak-kanak adalah salah sama sekali di sisi undang-undang dan boleh membawa hukuman yang berat jika disabit kesalahan.

Lagi kes dera kanak-kanak yang telah menggemparkan satu Malaysia di sini: