“Sampai Berlubang Badan” – Jiran Serbu Rumah, Ibu & Kekasih Pengkid Kantoi Dera Anak Lelaki Umur 7 Tahun

12 Aug 2023 • 8:08 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Menerusi rakaman yang tular di Twitter, seorang ibu dan teman lelakinya yang juga merupakan wanita berperwatakan lelaki teruk dimarahi oleh jiran tetangga selepas kantoi mendera anaknya.

Kejadian berlaku di sebuah perumahan di Bandar Layangkasa, Pasir Gudang dan kedua-dua suspek dilihat menangis teresak-esak memohon maaf.

Salah seorang jiran berbaju hijau dilihat menengking dan meminta mereka membawa kanak-kanak itu keluar dari rumah terbabit.

image is not available

image is not available

Selepas menyelak baju kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun itu, jiran tetangga terkejut melihat keadaan belakang badannya yang terdapat banyak kesan luka.

Kes tersebut meraih perhatian ramai pengguna media sosial dan ramai yang memaki hamun ibu kanak-kanak terbabit serta kekasih pengkidnya itu.

Sampai berlubang badan budak tu.”

image is not available

image is not available

image is not available

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak memaklumkan ibu tunggal berusia 27 tahun dan temannya berusia 30 tahun itu telah ditahan pihak polis.

Mangsa pula telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk menerima rawatan. Kes kini dalam siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001.

image is not available 6 days ago

Wanita 41 Tahun & Kawan 'Pengkid' Didakwa Dera Anak Perempuan Berusia 13 Tahun