“Badan Dia Makin..” – Netizen Banding Fizikal Byun Wooseok Dulu & Sekarang

17 May 2024 • 2:48 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Makin popular kini, ramai yang tidak mengetahui bahawa Byun Woo-seok pada mulanya telah memulakan kerjaya sebagai model sebelum bergelar pelakon.

Terbaru, beberapa hasil kerja Byun Woo-seok sebagai model telah dikongsi dan netizen telah membandingkan fizikalnya pada masa dulu dan sekarang.

Meskipun memiliki wajah yang sentiasa kelihatan muda, pelakon ini mempunyai tubuh badan yang berotot dan gambar lamanya telah membuktikan usaha keras Byun Woo-seok untuk mendapatkan tubuh badan seperti itu.

Dalam gambar yang dikongsi, Byun Woo-seok dilihat lebih kurus dengan wajah cengkung yang jauh berbeza berbanding dirinya yang sekarang.

image is not available

Selepas hantaran itu dihantar, netizen turut meluahkan rasa terkejut mereka terhadap perubahan ketara pelakon itu.

Komen netizen,

  • Nampak la hasil usaha keras dia.
  • Kurusnya dia dulu..
  • Macam mana dia boleh jadi berotot sekarang?
  • Dia sangat menjaga penampilan diri dia.
  • Badan dia makin berotot berbanding dulu!
  • Saya lebih suka penampilannya yang sekarang!

Korang lagi suka Byun Woo-seok yang mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.