“Hati Saya Sebak..” – Azam Nak Beli Rumah Sendiri, Byun Wooseok Menangis Imbau Memori Hidup Bersama Nenek

16 May 2024 • 2:37 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Byun Woo-seok telah menceritakan kisah hidupnya bersama neneknya.

Byun Woo-seok telah menjadi tetamu dalam “You Quiz On The Block” dan berkongsi kisah mengenai hidupnya.

Ketika ditanya mengenai impian serta azamnya di masa hadapan, Byun Woo-seok mula terdiam.

Dengan mata yang berair, pelakon itu menjawab,

Azam saya ialah untuk memiliki rumah yang bagus.

Tambahnya,

Ianya kerana sebelum ini saya tinggal bersama nenek saya, dan disebabkan rumah itu ada tangga yang curam, nenek saya sukar untuk berjalan di atasnya. Hati saya jadi sebak setiap kali bila saya nampak dia gunakan tangga tersebut, sebab itu saya nak sangat beli rumah yang bagus.

Sambungnya lagi,

Saya tinggal bersama dengan nenek saya sejak kecil lagi. Malah, saya juga kongsi bilik yang sama dengan nenek saya.

Semoga impian Byun Woo-seok jadi kenyataan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.