Badan Melecur Akibat Asid, Keadaan Faisal Halim Tak Begitu Baik Selepas Pembedahan

Entertainment
6 May 2024 • 4:54 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam (5 Mei), pemain Selangor FC, Faisal Halim dilaporkan menjadi mangsa simbahan asid di sebuah pasar raya di Kota Damansara. Susulan itu, seorang lelaki telah diberkas oleh pihak polis bagi membantu siasatan.

Terbaharu, pemain bola sepak tersebut dilaporkan sudah selesai menjalani pembedahan pertama di sebuah hospital di Shah Alam namun, keadaannya tidak begitu baik.

image is not available
Sumber: sinar harian

Masih menanti perkembangan terkini Faisal

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, Faisal sedang dalam pemantauan oleh pihak hospital seusai pembedahan dijalankan.

Beliau juga tidak mahu mengulas lanjut mengenai keadaan semasa Faisal kerana masih menantikan perkembangan terkini pemain bola sepak itu, lapor Sinar Harian

Dia telah menjalani pembedahan pertama, tetapi saya boleh katakan keadaan dia tidak berapa baik. Sukar untuk saya ceritakan dan ketika ini dia sedang dalam pemerhatian doktor.

Sebelum ini, Faisal telah mengalami kecederaan melecur tahap dua pada badannya akibat daripada diserang oleh individu yang tidak dikenali yang menyimbah cecair kimia semasa berada di sebuah pusat beli belah dekat Kota Damansara, Petaling Jaya pada hari Ahad.

Faisal kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan hari ini, beberapa orang saksi telah dipanggil oleh pihak polis untuk memberi keterangan mengenai kejadian tersebut.

Moga Faisal Halim cepat sembuh dan ada keadilan untuknya..

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.