Badang Sarawak, Bonnie Bunyau Terima Anugerah Pingat Peringatan Cemerlang Jubli Intan

5 Jul 2024 • 7:36 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Syabas diucapkan buat Bonnie Bunyau

Badang Sarawak, Bonnie Bunyau Terima Anugerah Pingat Peringatan Cemerlang Jubli Intan. Jaguh atlet angkat berat paralimpik, Bonnie Bunyau Gustin, merupakan antara penerima anugerah berprestij Pingat Peringatan Cemerlang Jubli Intan (Emas) sempena sambutan 60 Tahun Kemerdekaan Sarawak.

Upacara penyampaian pingat berkenaan disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

image is not available
Badang Sarawak, Bonnie Bunyau Terima Anugerah Pingat Peringatan Cemerlang Jubli Intan. Sumber: Suara Sarawak

Bonnie Bunyau menerima pingat bersama-sama tokoh-tokoh ternama lain, termasuk Tan Sri Datuk Amar Mohd Zuki Ali, Datuk Wilson Ugak Kumbong, Datuk Dr. Juanda Jaya dan Leonard Chang Kui Peng (Wakil Datuk Chin Jiew Bui).

Secara keseluruhan, seramai 189 individu diraikan atas sumbangan mereka kepada negeri Sarawak dalam pelbagai bidang.

Anugerah Pingat Peringatan Jubli Intan (Emas) dan Pingat Peringatan Bakti Jubli Intan (Perak) merupakan penghargaan tertinggi yang diberikan oleh kerajaan Sarawak kepada individu yang telah menunjukkan kecemerlangan dan bakti yang luar biasa.

image is not available

Penghargaan ini menjadi pengiktirafan atas jasa dan pengorbanan mereka dalam membangun dan memajukan Sarawak.

Upacara penyampaian pingat tersebut merupakan acara kemuncak dalam sambutan 60 Tahun Kemerdekaan Sarawak, yang turut diisi dengan pelbagai program dan aktiviti menarik.

Baca lagi artikel menarik: