China Masters berlangsung dari 16 hingga 21 September 2025 di Shenzhen Arena, Shenzhen, China.
Ia merupakan kejohanan BWF World Tour Super 750 yang menawarkan hadiah wang sehingga USD 1,250,000 kepada pemenang. Untuk mengikuti secara langsung live streaming kejohanan badminton China Masters 2025, sila layari laman web rasmi BWF atau Youtube https://www.youtube.com/@BWF/streams

Pengenalan Badminton China Masters 2025
hina Masters ialah salah satu kejohanan badminton antarabangsa yang dianjurkan di bawah kalendar rasmi BWF World Tour. Kejohanan ini mula diperkenalkan pada tahun 2005, dengan status asalnya sebagai BWF Super Series.
Dalam sejarahnya, China Masters pernah dikenali sebagai China Open Super Series Premier, sebelum BWF melakukan penstrukturan semula kejohanan pada tahun 2018. Selepas perubahan itu, kejohanan ini kembali diadakan di bandar-bandar besar di China sebagai sebahagian daripada BWF World Tour Super 1000, iaitu kategori kejohanan elit yang menghimpunkan pemain terbaik dunia.
China Masters sering menjadi pentas persaingan sengit kerana:
- Ia menawarkan mata ranking dunia yang tinggi.
- Hadiah wang tunai lumayan.
- Menjadi medan uji prestasi pemain sebelum kejohanan besar seperti Kejohanan Dunia atau Sukan Olimpik.
Sepanjang penganjuran, ramai juara dunia dan legenda badminton muncul daripada kejohanan ini, termasuk pemain handalan China sendiri seperti Lin Dan, Chen Long, serta bintang antarabangsa seperti Lee Chong Wei dan Kento Momota.
Untuk edisi 2025, kejohanan ini berlangsung di Shenzhen, China, bermula 16 hingga 21 September, dengan nama rasmi Li-Ning China Masters 2025.
Pencapaian & Keputusan Team Malaysia di China Masters 2025
- Leong Jun Hao tewas dalam pusingan kedua kepada Li Shi Feng, pemain senior China yang sudah beberapa kali mengalahkan Jun Hao sebelum ini.
- Pearly Tan & M. Thinaah (beregu wanita Malaysia) tersingkir di suku akhir dengan pasangan Korea iaitu Baek Ha-na / Lee So-hee.
- Aaron Chia / Soh Wooi Yik pula tewas di tangan pasangan India, Satwiksairaj Rankireddy–Chirag Shetty di separuh akhir.
- Chen Tang Jie / Toh Ee Wei berjaya mara ke pusingan akhir dalam acara beregu campuran, selepas kemenangan sengit 3 set pada peringkat separuh akhir ke atas Feng Yan Zhe–Huang Dong Ping dari China, 22-24 21-19 21-17

Jadual Perlawanan Final – Pasangan Beregu Campuran Malaysia (Mixed Doubles) XD Chen Tang Jie & Toh Ee Wei
Menurut laman web rasmi BWF, pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei akan berdepan dengan pasangan Thailand, Dechapol Puavaranukroh dan Supissara Paewsampran.
Perlawanan akhir beregu campuran China Masters Malaysia vs Thailand ini akan berlangsung esok, iaitu 21 September 2025 (Ahad), jam 1.00pm waktu Malaysia.

Berikut dikongsikan serba sedikit tentang pasangan yang bakal berentap esok.

Senarai Pemenang Edisi 2024 & 2023
SENARAI PEMENANG 2024
- Perseorangan Lelaki: Anders Antonsen (Denmark)
- Beregu Campuran: Feng Yan Zhe & Huang Dong Ping (China)
- Perseorangan Wanita: An Se Young (Korea Selatan)
- Beregu Lelaki: Jin Yong & Seo Seung-Jae (Korea Selatan)
- Beregu Wanita: Liu Sheng Shu & Tan Ning (China)
SENARAI PEMENANG 2023
- Perseorangan Lelaki: Kodai Naraoka (Jepun)
- Perseorangan Wanita: Chen Yufei (China)
- Beregu Lelaki: Liang Weikeng & Wang Chang (China)
- Beregu Wanita: Nami Matsuyama & Chiharu Shida (Jepun)
- Beregu Campuran: Zheng Siwei & Huang Yaqiong (China)
LIVE Streaming / Siaran Langsung Badminton China Masters 2025
Untuk mengikuti secara langsung live streaming kejohanan badminton China Masters 2025, sila layari laman web rasmi BWF atau Youtube https://www.youtube.com/@BWF/streams
Selain itu, anda boleh ikuti halaman-halaman Facebook berikut yang aktif mengumumkan perkembangan terkini atlet-atlet Malaysia dalam sukan badminton:
Baca juga: Piala Asia Futsal 2026 – LIVE Streaming & Jadual Perlawanan
