Beregu campuran negara, Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien menepati ramalan selaku pilihan kedua kejohanan dengan menewaskan pencabar dari Amerika Syarikat, Presley Smith-Jennie Gai, 21-17 15-21, 21-10 untuk menempah tiket separuh akhir Kejohanan Badminton Malaysia Super 100 2024 di Stadium Juara, Bukit Kiara, hari ini.
