Badminton Masters Thailand, Tang Jie-Ee Wei mara separuh akhir

2 Feb 2024 • 9:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KUALA LUMPUR, 2 FEB: Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menjadi sandaran peminat sukan badminton tanah air, apabila mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir Masters Thailand di Bangkok, hari ini.

Pilihan kedua kejohanan itu menewaskan Robin Tabeling-Selena Piek dari Belanda, 21-12 dan 25-23 pada aksi suku akhir selama 40 minit di Stadium Nimibutr.

Ini merupakan kemenangan ketiga Tang Jie-Ee Wei ke atas pasangan Belanda itu, selepas Terbuka Singapura 2023 dan Terbuka Jepun 2023.

Menanti mereka di separuh akhir esok ialah pemenang perlawanan antara pilihan ketiga kejohanan Hiroki Midorikawa-Natsu Saito dari Jepun atau pasangan Thailand Ruttanapak Oupthong-Jhenicha Sudjaipraparat.

Empat lagi wakil negara ditunjukkan jalan keluar di pusingan kedua semalam dengan pemain perseorangan lelaki negara Cheam June Wei ditundukkan wakil Belanda Mark Caljouw, 7-21 dan 11-21, seterusnya beregu lelaki profesional negara Teo Ee Yi-Ong Yew Sin, yang tewas kepada Andreas Sondergaard-Jesper Toft dari Denmark, 23-25, 21-14, 14-21.

Turut menimpa nasib sama ialah beregu campuran profesional negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, yang disingkirkan Robin-Selena dari Belanda, 21-18, 15-21, 19-21, serta Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie tewas di tangan pasangan Indonesia Rehan Naufal Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati, dalam pertarungan tiga set 17-21, 21-17, 16-21.

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved