Badminton Remaja Dunia: Malaysia kalahkan Austria 5-0

26 Sep 2023 • 12:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan - Foto Bernama

MALAYSIA meneruskan rentak cemerlang pada Kejohanan Berpasukan Campuran Remaja Dunia 2023 di Spokane, Amerika Syarikat apabila menewaskan Austria 5-0 dalam aksi kedua Kumpulan C pada Isnin.

Skuad negara berjaya memperoleh mata pertama menerusi beregu campuran Low Han Chen-Chong Jie Yu yang menewaskan Jakob Rinner-Sarah Dlapka 21-12, 21-7 dalam perlawanan selama 20 minit di The Podium.

Perseorangan lelaki Muhammad Faiq Haziq menepati ramalan apabila mudah mengutip mata kedua selepas mengalahkan Pascal Cheng 21-15, 21-9.

Perseorangan wanita Siti Zulaikha Muhammad Azmi juga tidak mempunyai masalah untuk menyumbang mata ketiga pasukan apabila berjaya menewaskan Anja Rumpold 21-13, 21-7 dalam masa 21 minit.

Skuad remaja negara terus unggul mengutip mata keempat menerusi Kang Khai Xing-Aaron Tai yang menang mudah ke atas pasangan Ilija Nicolussi-Jakob Rinner 21-6 dan 21-10.

Beregu wanita Ong Xin Yee-Carmen Ting melengkapkan kemenangan Malaysia selepas mengetepikan cabaran Lena Krug-Chiara Rudolf 21-5, 21-9.

Terdahulu, skuad remaja negara memulakan kempen kejohanan dengan langkah kanan apabila mengalahkan Poland 4-1.

Empat mata berkenaan diperoleh menerusi gandingan beregu campuran remaja negara Bryan Jeremy Goonting-Chan Wen Tse, perseorangan lelaki negara Eogene Ewe, perseorangan wanita Ong Xin Yee dan beregu lelaki Bryan Jeremy- Aaron Tai.

Bagaimanapun, beregu wanita Chan Wen Tse-Chong Jie Yu terlepas peluang menyumbangkan mata apabila tewas kepada Anna Czuchra-Joanna Podedworny, 19-21, 21-11, 18-21.

Malaysia seterusnya akan bertemu dengan Latvia pada perlawanan ketiga Kumpulan C hari ini. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved