Badminton Terbuka India 2025 (YONEX-SUNRISE India Open 2026) kembali dengan penuh prestij sebagai salah satu kejohanan penting dalam kalendar badminton dunia. Ikuti LIVE dan keputusan terkini di laman web rasmi BWF : https://match-centre.bwfbadminton.com/5269
Dikenali sebagai sebahagian daripada Siri Jelajah Dunia BWF Super 1000, kejohanan ini akan menyaksikan penyertaan pemain-pemain elit dari seluruh dunia termasuk jaguh badminton Malaysia.
Penyokong badminton seluruh dunia pastinya menumpukan perhatian terhadap keputusan dan prestasi pemain sepanjang kejohanan berlangsung.
YONEX-SUNRISE India Open 2026 ini berlangsung dari 13 hingga 18 Januari 2026 di Indira Gandhi Sports Complex, New Delhi, India dengan jumlah hadiah wang tunai mencecah USD 950,000.

Jadual Perlawanan India Open Badminton 2026 FINAL (18 Jan)
Berikut merupakan jadual atlet Badminton Malaysia dalam kejohanan badminton Terbuka India 2026 hari ini: FINAL

Latarbelakang Kejohanan Badminton Terbuka India
Badminton Terbuka India, secara rasminya dikenali sebagai India Open atau YONEX-SUNRISE India Open 2026.
Kejohanan Badminton Terbuka India ialah kejohanan badminton antarabangsa tahunan yang menjadi sebahagian daripada Jelajah Dunia BWF dan kini berada pada tahap Super 750, menjadikannya antara kejohanan elit dalam kalendar dunia.
Ia mula dianjurkan pada tahun 1973 dan kini merupakan salah satu acara utama dalam kalendar Jelajah Dunia BWF.
Dari segi pencapaian, kejohanan ini sering menyaksikan dominasi kuasa besar badminton seperti China, Indonesia, dan Malaysia.
Legenda negara, Datuk Lee Chong Wei, merupakan antara jaguh yang paling berjaya dengan tiga gelaran juara, manakala kejayaan terbaharu beregu lelaki Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin pada edisi 2025 telah mengukuhkan lagi prestij Malaysia di kejohanan ini.
Kejohanan Terbuka China 2025 yang berstatus Super 750 ini menawarkan mata ranking BWF yang tinggi, menjadikannya medan penting untuk kelayakan ke Kejohanan Dunia dan Sukan Olimpik.
Edisi kali ini mempertandingkan 5 kategori utama:
- Perseorangan Lelaki
- Perseorangan Wanita
- Beregu Lelaki
- Beregu Wanita
- Beregu Campuran
BACA JUGA: Petronas Malaysia Open Badminton 2026 (FINAL) – Jadual, LIVE & Keputusan
Tarikh & Lokasi
Badminton Terbuka India 2026 berlangsung pada ketetapan berikut:
- TARIKH: 13-18 Januari 2026
- LOKASI: Indira Gandhi Sports Complex, New Delhi, India
Senarai Atlet Malaysia
Dengan status kejohanan badminton Terbuka India ini sebagai siri Super 750, kebanyakan negara menghantar pemain terbaik mereka untuk mengumpul sebanyak mungkin mata.
Berikut ialah senarai atlet badminton Malaysia yang menyertai Badminton Terbuka India 2026:
Perseorangan Lelaki
- Lee Zii Jia
- Leong Jun Hao
- Justin Hoh (Dinaikkan daripada senarai simpanan)

Beregu Lelaki
- Aaron Chia / Soh Wooi Yik
- Goh Sze Fei / Nur Izzuddin Rumsani
- Man Wei Chong / Tee Kai Wun
- Wan Arif Junaidi / Yap Roy King
- Nur Mohd Azriyn Ayub / Tan Wee Kiong
- Ong Yew Sin / Teo Ee Yi
- Choong Hon Jian / Muhammad Haikal Nazri
- Chia Weijie / Lwi Sheng Hao
- Goh V Shem (berpasangan dengan Choi Sol-gyu dari Korea Selatan)
- Kang Khai Xing / Aaron TAI (Dinaikkan daripada senarai simpanan)

Beregu Wanita
- Pearly Tan / M. Thinaah
- Ong Xin Yee / Carmen Ting

Beregu Campuran
- Chen Tang Jie / Toh Ee Wei
- Goh Soon Huat / Shevon Jemie Lai
- Hoo Pang Ron / Cheng Su Yin
- Jimmy Wong / Lai Pei Jing

LIVE STREAMING Badminton India Open 2026
Perlawanan siaran langsung boleh ditonton melalui :
- Live TV: Astro Badminton
- Live Streaming: BWF TV YouTube Channel

Keputusan Perlawanan Badminton Terbuka India [17 Jan]
TIADA wakil Malaysia berjaya ke pusingan FINAL selepas berjuang di pusingan separuh akhir pada 17 Januari 2026 dalam India Open 2026. Berikut ialah keputusannya:
Beregu Lelaki (MD)
Aaron Chia / Soh Wooi Yik (MAS) [2] vs Hiroki Midorikawa / Kyohei Yamashita (JPN):
10–21, 21–13, 11–21 [KALAH]
Beregu Wanita (WD)
Pearly Tan / M. Thinaah (MAS) [2] vs Yuki Fukushima / Mayu Matsumoto (JPN):
16–21, 13–21 [KALAH]
Untuk menyemak keputusan terkini perlawanan Badminton India Open 2026, anda boleh semak pada pautan ini: https://bwfworldtour.bwfbadminton.com/tournament/5269/yonex-sunrise-india-open-2026/results/
Maklumat Lanjut
Untuk perkembangan terkini kejohanan badminton Terbuka India 2026, sila layari laman web rasmi BWF.
Selain itu, anda boleh ikuti halaman-halaman Facebook berikut yang aktif mengumumkan perkembangan terkini atlet-atlet Malaysia dalam sukan badminton:
Soalan Lazim Badminton Terbuka India 2026
Apa itu Terbuka India 2026?Kejohanan Badminton Terbuka India 2026, atau Yonex Sunrise India Open 2026, merupakan kejohanan Super 750 BWF World Tour yang diadakan di Indira Gandhi Arena, New Delhi dari 13 hingga 18 Januari 2026 dengan hadiah wang USD950,000.
Bilakah kejohanan India Open berlangsung?Kejohanan Badminton Terbuka India berlangsung selama enam hari, bermula dari 13 hingga 18 Januari 2026.
Berapakah jumlah hadiah wang tunai yang ditawarkan?Jumlah keseluruhan hadiah wang tunai (prize pool) adalah sebanyak US$950,000.
Di mana saya boleh menonton siaran langsung India Open 2026 di Malaysia?Peminat di Malaysia boleh menonton melalui:
– Astro Arena
– Astro GO / Sooka
– Saluran YouTube BWF TV
Beberapa wakil negara diletakkan sebagai pemain pilihan berdasarkan ranking dunia mereka:
Aaron Chia / Soh Wooi Yik (Beregu Lelaki)
Goh Sze Fei / Nur Izzuddin (Beregu Lelaki – Juara Bertahan 2025)
Man Wei Chong / Tee Kai Wun (Beregu Lelaki)
Ya. Walaupun pada asalnya berada dalam senarai simpanan, Justin Hoh telah dinaikkan ke undian utama (main draw) bagi kategori Perseorangan Lelaki susulan penarikan diri beberapa pemain utama.
