Badminton Terbuka Perancis 2025, atau dikenali sebagai YONEX French Open 2025 kini sedang berlangsung dari 21 Oktober sehingga 26 Oktober 2025 di Glaz Arena, Cesson-Sévigné, France. Untuk mengikuti keputusan terkini, jadual perlawanan, dan maklumat lanjut, layari laman rasmi BWF https://bwfworldchampionships.bwfbadminton.com/
Kejohanan berprestij ini menawarkan jumlah hadiah wang tunai sebanyak USD 950,000 serta menghimpunkan pemain-pemain badminton terbaik dunia, termasuk wakil Malaysia.

Untuk peminat sukan badminton di tanah air, siaran langsung dan live streaming Badminton Terbuka Perancis 2025 turut boleh ditonton menerusi saluran rasmi terpilih di Malaysia.
Anda boleh mengikuti keputusan perlawanan [LIVE], sorotan aksi menarik, dan perkembangan terkini dari hari pembukaan hingga ke perlawanan akhir.
Jom sama-sama berikan sokongan padu kepada skuad badminton Malaysia yang kini berjuang di YONEX French Open 2025 di Perancis!
Pengenalan Badminton Terbuka Perancis 2025
Badminton Terbuka Perancis 2025, secara rasmi dikenali sebagai YONEX French Open 2025.
Kejohanan ini akan berlangsung 21 Oktober sehingga 26 Oktober 2025 di Glaz Arena, Cesson-Sévigné, France dan menawarkan jumlah hadiah wang tunai bernilai USD 950,000.
Terbuka Perancis merupakan sebahagian daripada siri Jelajah Dunia Badminton BWF kategori Super 750, yang bermaksud pemain akan berpeluang mengumpul mata penting untuk ranking dunia serta layak ke perlawanan akhir BWF World Tour.
Kejohanan ini melibatkan lima kategori iaitu perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran.
Tidak seperti Kejohanan Dunia (BWF World Championships) yang hanya berlangsung sekali setahun, Terbuka Perancis diadakan setiap tahun dan kerap menyaksikan persaingan sengit serta aksi-aksi dramatik di gelanggang.
Tarikh Kejohanan & Lokasi
Untuk Badminton Terbuka Perancis 2025 edisi kali ini, ia akan berlangsung dengan ketetapan berikut:
- Tarikh: 21 Oktober sehingga 26 Oktober 2025
- Lokasi: Glaz Arena, Cesson-Sévigné, France
Senarai Pemain Malaysia
Perseorangan Lelaki
- Leong Jun Hao
- Lee Zii Jia (Tidak dapat beraksi dalam kejohanan kali ini kerana sedang menjalani proses pemulihan kecederaan belakang yang dialaminya.)

Perseorangan Wanita
- K. Letshanaa

Beregu Lelaki
- Aaron Chia / Soh Wooi Yik
- Goh Sze Fei / Nur Izzuddin
- Man Wei Chong / Tee Kai Wun
- Arif Junaidi / Yap Roy King
- Nur Mohd Azriyn Ayub / Tan Wee Kiong
- Ong Yew Sin / Teo Ee Yi
- Choong Hon Jian / Haikal Muhammad

Beregu Wanita
- Pearly Tan / M. Thinaah
- Go Pei Kee / Teoh Mei Xing
- Ong Xin Yee/Carmen Ting

Beregu Campuran
- Chen Tang Jie / Toh Ee Wei
- Goh Soon Huat / Lai Shevon
- Wong Tien Ci/Lim Chiew Sien
- Hoo Pang Ron / Chen Su Yin

Jadual Perlawanan Team Malaysia dalam French Open 2025
25 OKTOBER 2025 (SABTU):

Keputusan Terkini Badminton Terbuka Perancis [26 Oktober 2025]
Berikut keputusan terkini French Open 2025 bagi pemain-pemain negara:
- Aaron Chia–Soh Wooi Yik TEWAS kepada pasangan Indonesia, Fajar Alfian–Muhammad Shohibul Fikri [14-21 19-21]
Siaran Langsung (LIVE) Badminton Terbuka Perancis 2025
Perlawanan LIVE Badminton Terbuka Perancis 2025 boleh ditonton melalui Stadium Astro 801 atau RTM dan TV Okey. Strim online di:
Untuk maklumat lanjut dan rasmi mengenai kejohanan ini, sila layari laman BWF di pautan berikut: https://bwfbadminton.com/
BACA JUGA:
- Syarat Haji 2026 & Vaksin Wajib Untuk Bakal Jemaah Haji – TH
- ABPBH 2025 [LIVE] Anugerah Bintang Popular 37, Calon, Undian
Soalan Lazim
Di manakah Terbuka Perancis YONEX 2025 diadakan?Kejohanan ini berlangsung di Glaz Arena, Cesson-Sévigné, Perancis dari 21 hingga 26 Oktober 2025.
Apakah kategori yang dipertandingkan?Lima kategori utama dipertandingkan: Perseorangan Lelaki (Men’s Singles), Perseorangan Wanitan (Women’s Singles), Perseorangan Wanita (Women’s Doubles), Perseorangan Lelaki (Men’s Doubles) dan Beregu Campuran (Mixed Doubles)
Berapa jumlah hadiah wang tunai bagi kejohanan ini?Jumlah hadiah wang tunai adalah USD 950,000.
Apakah status kejohanan ini dalam kalendar BWF?Terbuka Perancis 2025 adalah sebahagian daripada siri HSBC BWF World Tour Tahap 3 (Super 750).
Adakah siaran langsung boleh ditonton secara percuma?Perlawanan LIVE Badminton Terbuka Perancis 2025 boleh ditonton melalui Stadium Astro 801. Atau, strim online Youtube rasmi BWF TV di pautan https://bwfworldchampionships.bwfbadminton.com/



