Badminton: Zii Jia terkandas di separuh akhir Terbuka Australia

5 Aug 2023 • 7:14 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KUALA LUMPUR, 5 OGOS: Langkah jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia untuk bangkit semula daripada prestasi tidak menentu musim ini berterusan apabila laluan ke final tersekat di separuh akhir Terbuka Australia hari ini.

Selepas tersingkir seawal pusingan pertama dalam empat kejohanan berturut-turut sebelum ini, pemain nombor 17 dunia itu, tewas 19-21, 21-13, 13-21 kepada pemain nomber 24 dunia, Hong Yang dari China dalam perarungan selama 81 minit dfi Arena Quaycentre di Sydney.

Hong Yang akan berdepan dengan pemain India, HS Prannoy di pentas final esok.

Prannoy melangkah ke final dengan menyingkirkan rakan senegara, Priyanshu Rajawat, 21-18, 21-12 dalam satu lagi aksi separuh.

Susulan kekalahan Jia Zia di pentas separuh akhir, cabaran Malaysia berakhir dalam Terbuka Australia selepas pemain perseorangan Ng Tze Yong dan juara bergu lelaki dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terkandas di peringkat suku akhir, semalam.

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved