Badrul Muhayat Meninggal Dunia

28 Oct 2023 • 12:48 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon Badrul Muhayat, 55 dikhabarkan telah menghembuskan nafas terakhir. Perkhabaran itu disampaikan oleh pelakon Anne Abdullah menerusi hantaran di Facebook dan Instagram miliknya,
 
“Assalammualaikum saya nak maklumkan yang Badrul Muhayat dah meninggal dunia di homestay Penang. Al-Fatihah,” tulisnya ringkas.
 
image is not available

Menerusi kemas kini di Instagram, Anne turut memuat naik hantaran yang memaklumkan bahawa aktor berkenaan telah meninggal dunia.
 
Badrul Muhayat atau nama penuhnya Badrul Muhayat Ahmad Jailani dilahirkan pada 18 April 1968 dan merupakan bekas peserta Hero Remaja.
 
Sejak bergelar pelakon, nama Badrul cukup dikenali khususnya menerusi filem Harry Boy dan Kad Cinta.

image is not available