
Lagu rasmi yang menjadi identiti negara, Negaraku baru sahaja bergema di Tokyo selepas beregu lelaki Malaysia dinobat sebagai juara dunia dalam Kejohanan Badminton Dunia BWF 2022 sebentar tadi.
Dalam masa sama, bendera rasmi negara yang dikenali sebagai Jalur Gemilang turut berkibar megah di dewan arena ketika Negaraku dinyanyikan, diiringi bendera Indonesia dan India.
Dalam perlawanan akhir itu, hampir keseluruhan penyokong negara memberikan sokongan sepenuh jiwa ketika beregu negara, Aaron Chia & Soh Wooi Yik menentang pasangan dari Indonesia, Hendra Setiawan & Mohammad Ahsan.
Kemenangan Aaron Chia & Soh Wooi Yik nyata meluluhkan hati seluruh penyokong tanah air sama ada yang berada di balik kaca TV mahupun di arena Gimnasium Metropolitan Tokyo di sana ketika ini.
Suasana gembira berserta diselami sebak dengan kibaran bendera selepas atlet badminton negara mengesahkan mata terakhir negara pada set kedua untuk mengesahkan kejuaraan.
Justeru, Negaraku yang bergema di Tokyo itu tadi bagaikan satu hadiah berharga buat negara bersempena sambutan Hari Kemerdekaan yang bakal disambut beberapa hari lagi.

Imbas kembali, Aaron Chia, & Soh Wooi Yik muncul juara dunia selepas menumpaskan Indonesia dalam Kejohanan Badminton Dunia BWF hari ini.
Pasangan tersebut muncul juara selepas menewaskan Mohammad Ahsan & Hendra Setiawan dengan mata 21-19 dan 21-14 sebentar tadi.
Dalam set pertama, beregu dari Indonesia, Mohammad Ahsan & Hendra Setiawan tampak memberikan saingan sengit dengan pertukaran mata demi mata dengan wakil beregu negara.
Bagaimanapun, Aaron Chia, & Soh Woon Yik tampil memberi aksi yang lebih bertenaga untuk menyelesaikan set pertama dengan skor 21-19.
Berlangsung set kedua, beregu negara langsung tidak memberi muka kepada beregu dari negara jiran itu dengan menang mudah 21-14 ke atas mereka.
Kemenangan dua set berturut-turut itu sekaligus mengesahkan kejuaraan milik beregu lelaki negara.
Sumber: BAM
The post Bagai ‘Hadiah Merdeka’, Lagu ‘Negaraku’ Bergema Di Tokyo Lepas Malaysia Dinobat Juara Tadi appeared first on Siakap Keli.
