Ketua syarikat teknologi utama mengatakan dalam masa terdekat, penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam kehidupan seharian akan menjadi seperti utiliti yang diakses setiap hari. Setakat ini yang sering diuar-uarkan ialah kemampuan menghasilkan perisian, permainan video dan dalam situasi serius dijadikan senjata mencari kerentanan sistem.
Tetapi hakikatnya bagi golongan pengguna biasa, kesemua senario di atas tidak relevan. Tidak ada pelajar yang ingin menghasilkan perisian sendiri dengan membakar jutaan token. AI hanya akan benar-benar menjadi utiliti apabila ia memudahkan tugasan harian. Pada peranti Samsung Galaxy, ciri Gemini yang tersedia boleh meningkatkan produktiviti secara berlipat ganda.
Circle to Search

Kalau saya disuruh menganugerahkan satu produk sebagai inovasi terbesar sejak 5 tahun kebelakangan ini, saya akan memilih Google Circle to Search yang dikuasakan oleh Gemini. Proses mencari sumber gambar yang disebarkan ke media sosial, melakukan carian imej, mengenalpasti lagu yang sedang berkumandang, mencari sumber dakwaan daripada tangkapan skrin dan banyak lagi boleh dilakukan dengan hanya tekan sebelum melakukan lakaran bulatan pada skrin.
Tak perlu muat turun aplikasi tambahan. Tak perlu simpan gambar dan kemudian muat naik ke TinEye atau Google Images untuk carian berbalik. Ia adalah mesin mencari maklumat pantas yang sangat inovatif ia menjadikan proses mengesahkan atau menafikan mesej tular menjadi semudah A, B, C.
Ciri yang saya gunakan setiap hari ialah sokongan alih bahasa secara masa nyata di skrin. Di X misalnya adalah lazim melihat satu bebenang mempunyai mesej balasan dalam pelbagai bahasa. Dengan Circle to Search, lebih daripada satu bahasa boleh ditukar secara serentak walaupun ketika skrin sedang ditatal. Semakin mudah memahami perbualan komuniti dengan menekan satu butang sahaja.
Gemini Live

Anda pasti sudah melihat demo cermin mata pintar yang boleh melihat dan memahami apa yang sedang dipandang. Anda mungkin tidak menyedari ciri ini sudah ada pada peranti Galaxy sejak setahun lalu menerusi Gemini Live. Gemini Live boleh melihat dunia menggunakan kamera telefon. Arahkan pada papan tanda Bahasa Thai ketika anda melancong dan ia akan menterjemah ke Bahasa Melayu sepantas kilat.
Nampak bekas kek tidak tahu di mana ia boleh dibeli? Gunakan Gemini Live dan ia boleh mengenalpasti nama kedai dan lokasi berhampiran. Nampak poster konsert di dinding dan ingin tahu tiket masih ada? Arahkan kamera pada poster dan ia akan memberikan jawapan serta saranan di mana tiket boleh dibeli. Maklumat pada poster juga boleh disimpan dalam Google Keep atau salah satu daripada sekitar 40 aplikasi yang kini disokong secara terus menerusi Gemini Live.
Gemini Notebook

Gemini Notebook ialah nama baharu untuk Notebook LM yang pada asalnya dibangunkan untuk pelajar memproses nota panjang menjadi dokumen yang lebih pendek. Kini ia semakin berkuasa dengan model terkini Gemini membolehkan satu rumusan dihasilkan daripada beberapa nota secara serentak.
Tidak ada masa untuk membaca kerana sibuk bekerja? Notebook boleh menghasilkan podsiar daripada nota, buku atau sebarang dokumen yang diberikan. Anda juga boleh berinteraksi dengan Gemini untuk menjawab soalan berkenaan dokumen yang telah diproses oleh AI. Notebook ialah alat yang saya gunakan beberapa kali setahun untuk menghasilkan artikel panjang. Ia boleh memberikan sumber bacaan lanjut lengkap dengan pautan untuk fakta disahkan sebelum artikel akhir diterbitkan.
Isu halusinasi AI ialah perkara yang diketahui ramai dan Notebook memberikan anda cara untuk mengesahkan fakta serta hanya memberikan pautan daripada sumber yang disahkan sahaja supaya maklumat yang diberikan lebih mudah digunakan tanpa was was.
Gemini Intelligence

Akhir sekali ialah sistem Gemini Intelligence yang pada ketika ini hanya disokong pada beberapa peranti Android terpilih sahaja seperti Samsung Galaxy. Ia adalah kepintaran yang bukan sahaja boleh melakukan carian di internet tetapi menggunakan data peribadi anda. Mahu cari hotel paling murah di Pulau Pinang? Gemini Intelligence melihat sejarah carian, emel, photos atau YouTube sebelum memberikan saranan untuk anda. Ia tahu anda mungkin lebih gemar tinggal di Hotel A.
Kemudian arahkan Gemini untuk mencari kedai makan di Pulau Pinang yang anda belum pernah pergi. Sekali lagi sejarah peribadi digunakan sebagai asas mencari kedai yang serasi dengan citarasa anda, halal dan tidak pernah lagi dijejaki.
Bagi yang risaukan mengenai privasi, Gemini Intelligence tidak dihidupkan secara lalai. Pada peranti Galaxy akses kepada Samsung Calendar, Samsung Notes, dan Samsung Gallery perlu diaktifkan secara manual. Selain aplikasi di bawah payung Google Workspace, sokongan aplikasi Adobe, Canva, WhatsApp dan Spotify juga diberikan jika anda mahukan pengalaman AI peribadi yang lebih dikustomasi.

Ini hanya sebahagian kuasa Gemini Intelligence di hujung jari dan di dalam peranti Samsung Galaxy. Jika anda bersedia untuk berpindah ke ekosistem Samsung Galaxy, aplikasi Samsung Smart Switch. Pemindahan data dilakukan semudah melakukan imbasan kod QR secara nirwayar serta pilihan menggunakan kabel atau PC.
Semua data boleh dipindahkan seperti tetapan skrin, gambar dan dokumen penting. Jika melakukan migrasi daripada sistem operasi lain pula, Smart Switch memudahkan proses yang dahulu rumit dan terhad. Tiada lagi alasan untuk tidak meneroka ekosistem Galaxy hari ini. Bermula 12 Oktober sehingga 31 Oktober 2026, dapatkan rebat sebanyak RM 500 apabila anda membeli Galaxy Z Fold8 Ultra, Galaxy Z Fold8, Galaxy Z Flip8.
Beli: Galaxy Z Fold8 Ultra, Z Fold8, Z Flip8.
Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia


