Google Mengumumkan Gemini 4 Argon – Kini Diuji Bersama Rakan Kerjasama Terlebih Dahulu

TechnologyDigital
1 Oct 2026 • 10:37 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google hari ini mengumumkan model kecerdasan buatan terbaru mereka, iaitu Gemini 4 Argon. Model ini kini telah mula ditawarkan kepada sejumlah rakan kerjasama mereka dalam arena siber, membolehkan ia diuji secara meluas sebelum ditawarkan kepada semua.

Image from: Google Mengumumkan Gemini 4 Argon – Kini Diuji Bersama Rakan Kerjasama Terlebih Dahulu

Gemini 4 Argon sedia digunakan secara dalaman di Google, membantu dalam sejumlah kajian dan penulisan, termasuk untuk pengatrucaraan. Melalui ujian penanda aras juga, Gemini 4 Argon dilihat catat skor lebih tinggi jikalau dibandingkan dengan GPT-6 Astra, Claude Fable 5.1 ataupun Claude Opus 5.5. Tidak setakat itu, Argon dilihat turut mencatatkan skor paling tinggi untuk model ketahanan keselamatan siber. – membolehkan ia menemui kerentanan dengan pantas.

Google mengatakan model Gemini 4 Argon ini akan ditawarkan kepada semua dalam masa terdekat, bermula dengan pelanggan Google AI Ultra, dan juga akses melalui API. Ia mungkin mengambil sedikit masa sebelum ia ditawarkan secara meluas kepada semua yang menggunakan Gemini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved