Bagaimana nak elak histamin dalam ikan?

Health & Fitness
10 Dec 2025 • 7:00 PM MYT
Public Health M'sia
Public Health M'sia

Public Health M'sia shares simple, relatable health education.

Image from: Bagaimana nak elak histamin dalam ikan?
Gambar: Public Health M'sia

Ramai ibu ayah risau bila nampak senarai ikan “tinggi histamin” yang dikongsi lalu terus fikir ikan itu bahaya untuk anak.

Sebenarnya, BUKAN ikannya yang salah. Histamin bukan datang dari ikan… tetapi dari cara ikan itu disimpan.

Bagaimana Histamin terbentuk dalam ikan tidak segar?

Histamin terbentuk bila ikan yang tinggi protein seperti kembung, tongkol, sardin atau tenggiri tidak disejukkan segera, dibiarkan pada suhu bilik atau hampir rosak. Bila ikan tidak segar, bakteria akan menukar bahan semula jadi dalam isi ikan (histidine) menjadi histamin, dan proses ini berlaku dengan sangat cepat..

Apa kesan kepada anak jika ambil makanan tidak segar yang tinggi histamin ini?

Kalau histamin terlalu tinggi, anak boleh mengalami gejala beberapa minit selepas makan. Muka merah panas, gatal, ruam, muntah, cirit-birit atau jantung berdebar. Ia nampak macam alergi, tapi sebenarnya keracunan makanan akibat ikan tidak segar

….

Apa kesan kepada bayi bawah 12 bulan?

Untuk bayi bawah 12 bulan, sistem usus mereka masih sangat sensitif. Itu sebabnya ikan berisiko tinggi lebih baik dielakkan jika kita tak pasti tahap kesegarannya.

Tapi untuk kanak-kanak yang lebih besar, ikan kekal makanan yang sangat berkhasiat: tinggi protein, tinggi omega-3, baik untuk otak dan tumbesaran. Ikan bukan musuh. Ikan yang tidak segar itu musuh sebenarnya.

Bagaimana nak elak histamin dalam ikan?

  • pilih ikan bermata jernih dan timbul
  • insang merah segar, bukan coklat gelap
  • isi pejal, tidak lembik
  • tiada bau busuk

Cara simpan di rumah:

  • ikan mesti terus dimasukkan ke peti sejuk
  • jika tidak masak segera, letak dalam bekas bertutup
  • kalau beli banyak, terus proses & simpan dalam freezer
  • jangan biarkan ikan duduk di suhu bilik lebih 1–2 jam

Kesimpulannya, ikan tetap makanan terbaik untuk kanak-kanak, kaya protein dan zat penting. Makan ikan adalah selamat selagi kesegarannya dijaga. Yang perlu kita bimbang bukan nama ikan… tetapi bagaimana ikan itu diurus dari laut sampai ke dapur kita.


Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.