“Bagi diorang aku tak cukup bijak” – Wanita Kongsi Kisah Dibuli Masa ‘Degree’, Selalu Dipulau ‘Classmates’

Entertainment
15 Jul 2024 • 5:02 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak dulu lagi, kes buli banyak terjadi di sekolah dan universiti yang pastinya membuatkan mangsa menjadi trauma dengan kisah silam mereka.

Satu perkongsian oleh @notyourbey_2 di TikTok baru-baru ini mendedahkan kisahnya pernah dibuli oleh rakan sekelas semasa di universiti.

“Bagi diorang aku tak cukup bijak”

Ceritanya bermula apabila wanita itu memasuki program ASASI di salah sebuah kolej yang menempatkan majoriti pelajar cemerlang SPM. Dia pula pelajar lepasan sekolah biasa mengakui ada beberapa pelajar perempuan yang lain tidak menyukainya.

Sebab bagi diorang aku tak cukup bijak. Sebab masa tu aku pilih semua course dekat universiti paling top dalam program kitorang.

Pada hujung semester 1, dia mula perasan rakan sekelasnya membuat group WeChat tanpa pengetahuannya. Selain itu, dia terpaksa duduk di belakang jika terlambat datang ke kelas sedangkan ada lagi kerusi yang masih kosong di barisan hadapan kelas.

Kalau ada satu kerusi kosong sebelah, diorang akan cakap “Sorry dah ada orang”. Aku selalu join program kampus kecil tapi aku perasan je diorang selalu pulau aku. Kalau ada program berskala besar yang ada AJK, mesti aku tak terpilih. Lepas interview terus senyap tiada panggilan.

image is not available

Pernah ditampal kertas ayat cacian

Lebih menyakitkan, pada belakang bajunya pernah ditampal sehelai kertas kecil yang tertulis ‘Saya Bodoh’ selain poster-poster bertanding untuk pilihan raya kampus juga pernah dibuang.

Benda paling sakit aku pernah kena. Ada sorang junior tegur belakang aku ada something. Masa aku bertanding dalam pilihan raya kampus, poster aku banyak hilang. Rupanya, kena bakar dan kena buang dalam tong sampah asrama.

image is not available
Sumber: tiktok

image is not available
Sumber: tiktok

Untuk ‘keluar’ dari situasi yang toksik itu, wanita tersebut menyertai pertandingan debat dan memilih untuk tukar ke kelas lain setelah naik ke semester 4. Namun, rakan kelas sebelumnya masih ‘menjaja’ cerita buruk mengenainya.

Classmates aku masih lagi buat khabar angin pasal aku ‘repeat tiap sem’ dia kata. Padahal aku yang tukar kelas lain. Sebab tak nak masuk kelas yang sama dengan diorang. Aku mula berkawan dengan junior, Alhamdulillah ada juga semangat nak habiskan course aku.

image is not available
Sumber: tiktok

image is not available
Sumber: tiktok

Beri nasihat pada pembuli

Semasa konvokesyen pula, dia ada mendapat mesej sindiran oleh individu yang menyangka dia tidak dapat menghabiskan ijazah. Bagaimanapun, wanita tersebut berpesan kepada para pembuli untuk tidak menyakiti orang lain.

Masa aku konvo, ada yang dm aku “Kau habis study jugak, ingatkan drop out dah.”.. Takut orang yang kau buli tu satu hari nanti jadi orang yang akan selamatkan kau masa kau dalam kesusahan. Jangan jadi pembuli, sebab kita tak tau masa akan datang nanti apa yang akan terjadi.

image is not available
Sumber: tiktok

Menjengah ke ruangan komen, wanita itu berkata dia turut menghidap depresi kerana trauma dengan kisah silamnya sebelum ini.

image is not available image is not available

Sedih baca kisah ni.. moga sis ni diberikan kekuatan!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.