“Bagi halal je RM2” – Netizen Puji Abang Kantin Tak Berkira Dengan Pelajar Sekolah Rendah

Entertainment
22 Mar 2023 • 5:38 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Apabila berniaga, banyak halangan yang perlu ditempuhi namun apa yang paling penting ialah kejujuran dan kepuasan pelanggan.

Terbaru, sebuah video tular di media sosial yang memaparkan tindakan seorang abang kantin yang bertindak menghalalkan jualannya walaupun pelajar di sekolah itu tidak memberikan wang yang mencukupi.

Pengguna TikTok @apex.20 yang juga dikenali sebagai Abang Kantin itu memuat naik video berkenaan dan ia telah menarik perhatian ramai.

Dalam video berkenaan kelihatan dia bertugas di sekolah rendah dan ramai yang belum terlalu bijak menggunakan wang, lalu dia membantu kanak-kanak tersebut.

Dalam pada itu, gelagat seorang budak turut menarik perhatian ramai kerana cuma membawa RM1 walaupun harga makanan RM2.

“Adik ada lagi ke RM1? Kalau tidak ada, tidak mengapa. Ambil dulu makanan ini. Esok cakap dengan ibu ayah bawa RM3 ya, RM1 untuk air, RM2 untuk makanan,” katanya.

Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat lebih 720K tontonan dan 3K komen, ruangan komen dipenuhi dengan pujian kepada abang kantin tersebut.

image is not available

Baiknya abang ni, murah rezeki dia…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.