
Sebelum ini, tular luahan seorang wanita mendakwa telah dikenakan caj harga makanan laut yang mahal dan tidak setimpal dengan kualiti serta perkhidmatan yang diberikan ketika berkunjung ke Teluk Nipah, Pulau Pangkor.
Dalam video yang dikongsikan wanita itu, dia mendakwa telah dikenakan caj RM75 bagi seekor ikan siakap bakar yang dianggarkan seberat 600 ke 700 gram.
Dia berasa kecewa apabila merasakan harga makanan laut dalam negara lebih mahal berbanding luar negara dan mendakwa situasi itu menyebabkan rasa tawar hati untuk menyokong peniaga tempatan.
@kekyahfornour Ikan bakar siakap around 600-700g RM75 kalah harga ikan kat KLCC dengan pavilion.. kedai kerusi pon berkulat, service out then rasa biasa2 je.. total makan RM142 since minum air kosong je.. sorry kekyah bukan jenis berkira pasal makan tapi this is totally not worth.. sama harga mcm makan ikan kat swiss harga dia.. makan kat singapore pon x semahal makan kat sini walaupon kena darab 3.5.. Bila x g travel local selalu persoalkan x support local tapi see peniaga jenis cekik darah cmni.. Sesiapa g pangkor tu hati2 la makan kat area teluk nipah ni.. korang makan area city je la selamat harga x cekik darah mcm ni..
KPDN Perak serbu kedai caj mahal
Susulan video itu, KPDN Perak telah mengadakan pemeriksaan mengejut di premis terbabit serta membuat perbandingan dengan beberapa kedai makanan lain di sekitar kawasan itu.
Menurut KPDN Perak, premis berkenaan didapati tidak meletakkan sebarang tanda harga ke atas makanan hasil laut yang belum dimasak, selain didapati tidak menggunakan alat timbangan dalam urusan penjualan makanan.
“Premis hanya meletakkan tanda harga ketika pemeriksaan pegawai beruniform dilakukan.
“Pemeriksaan dan perbandingan harga makanan di premis yang diadu juga didapati lebih tinggi berbanding harga makanan yang sama di premis lain di sekitar Teluk Nipah,” katanya.
@kpdn_perak Berikutan tular di TikTok seorang pengguna mengadu dikenakan caj harga masakan hasil laut yang mahal Jumaat lepas, KPDN Perak telah melaksanakan tindakan pemeriksaan ke atas premis yang diadu. #hargamahal #pangkor #teluknipahpulaupangkor #kpdnperak #unitmedia_kpdnperak #fendyscreative
Oleh itu, KPDN telah mengambil tindakan ke atas premis berkenaan kerana disyaki melanggar Seksyen 140(3)(a)(b) Akta Perlindungan Pengguna 1999 iaitu gagal meletakkan butiran nama dan alamat perniagaan serta tarikh pembelian dalam resit yang dikeluarkan kepada pengguna.
Peniaga terbabit boleh dikenakan penalti RM500,000 sekiranya didapati berlakunya kesalahan mencatut dalam menjual atau membekalkan barangan dan perkhidmatan di bawah Seksyen 14(1) AKHAP 2011.
Dalam pada itu, KPDN mengingatkan peniaga lain di pulau bebas cukai itu supaya bertanggungjawab dan tidak mengambil kesempatan terhadap para pelancong.
Sumber: Berita Harian, TikTok
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.



