Bagi ‘Hint’ Nak Keluar Lagu Duet Dengan Ira Kazar, Sekali Lagi Aliff Syukri Dikecam – “Ini Content Dato Paling Saya Rasa Mual”

28 Aug 2023 • 8:07 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Menerusi Instagram, usahawan kosmetik sensasi Datuk Seri Aliff Syukri memuat naik video mempromosikan tudung jenamanya yang terbaru.

Namun, ia serta merta mendapat kecaman ramai warganet apabila video itu turut menampilkan Ira Kazar yang menggayakan koleksi terbaru tersebut.

Hantaran itu memaparkan mereka berdua sedang ‘miming’ lagu duet nyanyian Siti Nurhaliza dan Hafiz bertajuk Muara Hati.

Aiyoo feeling ekk Ira Kazar dan saya. Mana tau tahun ni kami keluarkan lagu bersama.

Meskipun sudah dinyatakan bahawa konten itu sekadar gurauan namun Aliff menerima kecaman ramai gara-gara memilih Ira Kazar sebagai model terbaru.

Ada yang menyifatkan Aliff salah memilih duta tudung dan membuat sangkaan bahawa jualan bisnes hijab miliknya bakal merudum gara-gara orang ramai tidak menyukai Ira.

Tak jadi beli. Terfikir nak beli tadi untuk mak saya. Tengok Ira Kaza, tak jadi.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Sementara itu, ramai yang berkata mereka mahu unfollow usahawan kosmetik tersebut kerana sudah muak dengan publisiti murahan dan cara Aliff membuat marketing.

image is not available 5 days ago

"Saya Tak Sokong Ira, Saya Tak Sokong Puteri Sarah!" - Aliff Syukri Mohon Jangan Boikot Produk & 'Unfollow' IG