“Ade ke orang nak” – Datin Shahida Bagi ‘Setepek’ Bila Aliff Syukri Nak Cuba Nasib Macam Abang Tesla

Entertainment
22 Aug 2023 • 6:21 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Peka dengan isu semasa, pengasas produk sensasi, Aliff Syukri dilihat ada cuba membuat perkara yang lebih kurang sama dilakukan oleh Abang Tesla iaitu cubaan untuk mendapatkan restu untuk kahwin lagi satu.

Dalam video berdurasi 1 minit menerusi TikTok itu, Aliff Syukri bertanyakan kepada Datin Shahida berkenaan dengan kes Abang Tesla dan dia ingin cuba membuat perkara yang sama. Datin Shahida dilihat agak jelak dengan soalan yang diberikan Aliff Syukri.

“Restu apa tu? Restu penumbuk?”

Dalam klip tersebut, Datin Shahida kemudiannya dilihat begitu tenang dan santai memberikan kebenaran kepada Aliff Syukri jika dia ingin kahwin lagi satu. Dengan yakin, Datin Shahida mempersoalkan jika ada wanita yang sudi nak jadi isteri kepada Aliff Syukri.

Aliff Syukri dilihat nampak macam ‘koyak’ dengan persoalan dan pertikaian Datin Shahida itu sebelum rakaman dihentikan. Video yang telah meraih lebih 700K dalam masa 21 jam itu telah mendapat perhatian netizen.

Ramai antara mereka yang begitu terhibur melihatnya dan ada juga yang sokong dengan kata-kata Datin Shahida itu.

image is not available image is not available

Ada ke wanita di luar sana yang berkenan dengan Dato’ Aliff Syukri? Tanya je…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.