Bagi Jersey Lepas Kena Kad Merah, Pemain Minta Semula Dari Penonton Lepas VAR Ubah Keputusan

Entertainment
20 Sep 2025 • 1:49 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Perlawanan Piala Rusia antara Zenit St Petersburg dan Akhmat Grozny mencetuskan insiden luar biasa apabila pemain Akhmat, Nader Ghandri, dipanggil semula ke padang selepas keputusan layangan kad merah dibatalkan melalui semakan VAR.

image is not available

Pertemuan di Gazprom Arena itu pada mulanya menyaksikan Ghandri, 30, diarah keluar padang pada minit akhir perlawanan.

Tindakannya membuka jersi dan melemparkan kepada penyokong Grozny menandakan dia menerima hukuman itu sebelum menuju ke bilik persalinan.

Namun, VAR campur tangan dan memanggil pengadil untuk menyemak semula insiden berkenaan. Keputusan berubah apabila kad merah ditarik balik, dan pemain Tunisia itu diarahkan kembali ke dalam padang.

image is not available

Ghandri kemudian terpaksa meminta kembali jersinya daripada penyokong yang menerimanya. Nasib menyebelahinya apabila penyokong tersebut menyerahkan semula jersi berkenaan.

image is not available

Walaupun Ghandri berjaya menjaringkan gol untuk Akhmat Grozny, Zenit St Petersburg tetap muncul pemenang dengan keputusan 2-1 di hadapan penyokong sendiri.

Sumber: The Sun

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved