“Bagi pastikan sistem lebih lancar” – 7 Unit VAR Bakal Ditambah MFL

21 May 2024 • 2:25 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak diperkenalkan musim ini, sudah beberapa kali timbul isu membabitkan Video Bantuan Pengadil (VAR) pada saingan Liga Super dan ini membuatkan Malaysia Football League (MFL) bakal menambah sekurang-kurangnya tujuh unit teknologi berkenaan.

Perkara itu dijelaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam baru-baru ini.

Tambahnya lagi, penambahan unit berkenaan akan memudahkan badan pengendali itu bagi menguruskan aspek logistik dan pergerakan VAR selain memastikan satu unit dapat ditempatkan secara kekal bagi mengendalikan perlawanan di Sabah dan Sarawak.

image is not available

Menurutnya lagi, buat masa sekarang MFL mempunyai empat unit dan jumlah tersebut tidak mencukupi. Tambahnya lagi, jumlah tersebut adalah mengikut kemampuan badan berkenaan kerana VAR bukan sahaja membabitkan operasi tetapi penyelenggaraan.

Tambah Stuart lagi, MFL perlukan sekurang-kurangnya tujuh set (VAR) bagi mengurangkan risiko membabitkan logistik terutamanya apabila unit tersebut perlu diterbangkan untuk perlawanan di Sabah dan Sarawak.

image is not available

Disebabkan faktor tersebut, pihak MFL merasakan perlu ada satu unit di sana kerana peralatan yang sensitif dan berat seperti ini sudah pastinya mempunyai risiko kerosakan sekiranya sering diterbangkan.

Pun begitu, pihaknya bernasib baik kerana sistem yang sama digunakan di Likas dan kelulusan bagi menggunakan sistem berkenaan dalam Liga Malaysia sedang didapatkan.

Terdahulu, MFL dihamburkan kritikan oleh para peminat gara-gara teknologi VAR tidak dapat digunakan sepenuhnya ekoran masalah teknikal di beberapa venue terlibat.

Sumber : Harian Metro

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.