“Bagi Ruang! Bagi Ruang!” – Ardell Aryana Hampir Pengsan Dikerumuni Ribuan Penyokong Di KLIA

8 Oct 2025 • 10:25 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia ardell Klia

Tular di media sosial satu rakaman video menunjukkan sukarelawan misi Global Sumud Flotilla (GSF) iaitu Ardell Aryana hampir pengsan selepas dikerumuni ribuan penyokong di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kelihatan aktivis ini bersesak dalam orang ramai yang berada di sekelilingnya untuk bergambar dan bersalaman.

Tidak lama selepas itu, dia tiba-tiba rebah sebelum dipapah keluar oleh abangnya yang berada berdekatan bersama pasukan keselamatan KLIA.

Ardell dikerumuni ramai orang, rebah dan hampir pengsan

Sebelum rebah, Ardell dilihat pucat dan abangnya sudah meminta orang ramai memberikan ruang untuk keluar, tetapi tidak diendahkan.

Berdasarkan laporan Harian Metro, suasana di KLIA malam tadi bertukar pilu dan penuh emosi apabila sukarelawan misi Global Sumud Flotilla (GSF) akhirnya tiba di tanah air.

Tangisan, laungan Free Palestin dan sorakan semangat memenuhi ruang ketibaan ketika rakyat Malaysia berkumpul untuk menyambut kepulangan wira-wira GSF yang disayangi.

Sebaik keluar dari balai ketibaan KLIA, sebahagian sukarelawan GSF dilihat sujud syukur sambil disambut dengan linangan air mata ahli keluarga serta penyokong yang tidak berhenti melaungkan “Hidup Gaza”, “Hancur Israel” dan takbir.

Pssttt! Kepulangan sukarelawan ini bukan sekadar simbol keberanian, tetapi bukti bahawa semangat solidariti untuk Palestin masih membara dalam hati rakyat Malaysia. Namun, sukarelawan ini juga harus diberi ruang, janganlah kerumun sampai nak pengsan orang tu!

Kredit: Instagram Berita Alhijrah | Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.