Bagnaia Teruskan Kecemerlangan Di GP San Marino

4 Sep 2022 • 9:35 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
(Dari kiri) Bastianini, Bagnaia dan Vinales di atas podium selepas tamat perlumbaan GP San Marino. - Gambar AFP

MISANO ADRIATICO - Penunggang dari Itali Francesco Bagnaia menjurai perlumbaan MotoGP San Marino untuk kemenangan keempat berturut-turut.

Bagnaia, yang menunggang untuk Ducati, melintasi garisan penamat di hadapan Enea Bastianini di Misano Adriatico hari ini dan merapatkan jurang kepada pendahulu kejuaraan dunia Fabio Quartararo, yang menamatkan perlumbaan di tangga kelima, kepada 30 mata.

Penunggang Aprilia Maverick Vinales melengkapkan podium selepas mencabar Bagnaia di awal perlumbaan.

Kemenangan Bagnaia lebih mengagumkan selepas dipaksa memulakan perlumbaan dari petak kelima selepas dikenakan penalti tiga anak tangga.

Ini kerana insiden menunggang dengan berbahaya pada sesi latihan pada Jumaat.

Selepas mendahului perlumbaan di pusingan ketiga, Bagnaia mengekang cabaran Vinales dan kemudiannya Bastianini untuk mencatat kemenangan keenamnya daripada 14 perlumbaan musim ini. - AFP

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved