“Bagus didikan mak dia” – ‘Rider’ Terharu Dapat ‘Voice Note’ Dari Anak Pelanggan Lepas Makanan Tertumpah

Entertainment
11 May 2023 • 12:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini telah tular sebuah video di TikTok mengenai seorang rider penghantar makanan yang berkongsi kisahnya apabila dirinya ditimpa musibah ketika menghantar makanan namun, pelanggannya mempunyai sikap empati untuk memahami situasi yang dihadapinya.

Video yang dimuat naik oleh individu dipercayai isteri kepada rider penghantar makanan berkenaan, menunjukkan perbualan melalui aplikasi whatsapp di antara suaminya dan pelanggan yang terlibat.

@qurratuainii__

Alkisah petang semalam.. masa en suami nak hantar order (foodpanda) dekat customer ni, makanan dia terpelanting dkt luar sbb en suami tak nmpk bonggol (panas terik) . then, en suami terus ws customer bgithu yg mknn tu terjtuh dri beg .. en suami nak ganti balik dengan bayar, jumlah yg customer beli tu. tpi customer tknk Allahuakhbar, nak hilang rasa bersalah tu .. en suami bagi jgk duit .. ya Allah Alhamdulillah en suami dpt jmpe dengn org yg sngt2

♬ bunyi asal – nurqurratuaini__ – nurqurratuaini__

Difahamkan, rider tersebut telah melanggar sebuah bonggol dalam keadaan laju semasa dalam perjalanan ke rumah pelanggan hingga menyebabkan bungkusan makanan tercampak dan tertumpah.

Oleh kerana rasa bersalah, rider berkenaan telah menghubungi pelanggan tersebut untuk membayar ganti rugi makanan tersebut.

Walau bagaimanapun, mujurlah pelanggan berkenaan berlapang dada dan menganggap makanan tersebut bukan rezekinya.

Pelanggan wanita itu juga menyuruh anaknya menghantar pesanan voice note kepada rider berkenaan.

“Tak apa abang, jangan susah hati, anggap je makanan tadi tu bukan rezeki saya hari ni. Umi saya cakap jangan ambil duit tu tadi. Tapi abang bagi juga, saya pun dah terambil. Tak apa bang, RM10 tu pun dah cukup.”

“Hati-hati memandu bang, kalau abang kejar masa, abang jaga la keselamatan diri sendiri. Umi saya pun suruh abang berhati-hati, nyawa tak jual dekat kedai,” kata budak lelaki tersebut.

Di kapsyen video tersebut, isteri kepada penghantar makanan itu menjelaskan bahawa suaminya berkeras untuk memberikan bayaran ganti rugi kepada pelanggannya itu walaupun ditolak.

“Abang rider & akak mesti ada buat sesuatu ni sampai Allah permudahkan urusan kalian” – Netizen

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa kagum dengan tindakan dan pesanan kanak-kanak lelaki tersebut kepada rider berkenaan meskipun kejadian yang tidak diingini itu berlaku.

image is not available

Comel je pesanan dia.. “Nyawa tak jual kat kedai”

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.