“Bagus diorang tak demand”- Anak Buah Dapat ‘A’ Dalam Peperiksaan, Minta RM2 Sebagai Hadiah

Entertainment
14 Aug 2024 • 2:09 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bila dah berjaya mendapat sesuatu setelah penat lelah berusaha, pasti kita mahu meraikannya bersama orang tersayang.

Anak buah cemerlang peperiksaan, minta RM2

Satu video perkongsian oleh @mazuanfarishman di TikTok, memaparkan momen dua orang anak buahnya yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Ketika itu, Mazuan sedang masak di dapur dan anak buahnya, Naufal dan Faiq berlari berlari mencari Mazuan untuk membawa berita gembira itu. Mazuan yang melihat markah pada kertas peperiksaan terus mengucapkan tahniah kepada mereka berdua.

Wah hebatnya dapat A! Naufal dapat 100%, Faiq dapat 94%!

Lebih terharu, mereka masing-masing hanya meminta RM2 sebagai hadiah keputusan cemerlang itu. Netizen di ruangan komen juga terharu melihat anak buah Mazuan yang tidak meminta hadiah yang mahal.

image is not available

“Anak yatim, mak dah meninggal”

Mazuan yang mesra disapa Acu berkongsi cerita tentang salah seorang anak buahnya bernama Faiq yang sudah ketiadaan ibu kandung buat selama-lamanya. Faiq juga pernah tular di TikTok sebelum ini kerana meminta Mazuan masak nasi goreng kicap kegemarannya.

Acu kesian dekat dia, kecil lagi dah tak ada mak. Jadi, apa yang dia nak Acu bagi jelah. Hari ni dia menangis.. rupanya dia tengok kawan dia dalam kelas ada kipas kecil.

Mazuan yang tidak pernah berkira dengan anak buahnya itu terus membawa Faiq ke kedai untuk membeli kipas mudah alih.

Hampir semua video di TikTok itu meraih komen positif dan mendoakan agar Mazuan dimurahkan rezeki kerana melayani anak buahnya dengan baik.

image is not available

Baiknya Acu!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.